Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Calon DAP Kecam TV3 Kerana Putarbelitkan Kenyataannya
 


BENTONG- Calon DAP bagi pilihan raya kecil DUN Ketari, Choong Siew Onn mengecam TV3 kerana memutarbelitkan kenyataannya sehingga beliau kononnya tidak mendapat sokongan dan kekurangan tenaga pekerja untuk berkempen.
Menurutnya, stesen televisyen itu sebenarnya memutar belitkan kenyataannya yang diberikan kepada media massa lain dan bukan TV3 semalam.

Sebaliknya, beliau mendakwa, kenyataan yang disiarkan TV3 itu semalam adalah kenyataan lama yang dibuatnya sebelum hari penamaan calon dan ia tiada kaitan dengan jentera pilihan raya DAP sekarang.

"TV3 telah memutarbelitkan kenyataan saya demi kepentingan politik BN," katanya ketika di temui di Markaz Besar parti itu di Perting, dekat sini Isnin.

Stesen TV3 menyiarkan visual Chong dengan isterinya menemui penduduk tanpa diiringi pemimpin DAP dan para penyokongnya.

Choong berkata, "visual yang di siarkan itu adalah putar belit kerana saya sebenarnya menemui penduduk dalam satu kumpulan seramai 10 orang tetapi apa yang disiar hanya gambar saya dan isteri sahaja.

"Malangnya jurugambar tidak merakam gambar pekerja DAP . Sebaliknya dia mefokuskan kepada saya dan isteri saya sahaja. Ini satu pembohongan dan taktik jahat," kata Chong.

Beliau berharap pengundi Ketari serta para penyokong pembangkang di seluruh negara tidak terpengaruh dengan propaganda TV3 itu.

Ini adalah kali ketiga Choong bertanding di kawasan Dun Ketari. Beliau pernah bertanding dalam pilihanraya umum 1995 dan 1999 dan kalah ditangan mendiang Datuk Loke Koon Kam dari BN-Gerakan.

Choong telah memasang poster gergasi di pintu masuk ke Kampung Baru Ketari. Poster jenis ini dikatakan mengambil ilham daripada calon-calon di Taiwan yang merebut jawatan presiden negara tahun lalu.

Sementara itu, Pas Pahang dilaporkan telah menyusun ceramah hampir kesemua pemimpin utama Pas negeri ini untuk membantu Choong di Ketari.

Menurut Harakahdaily.com, program pemimpin Pas negeri itu disusun selepas menerima permohonan rasmi dari DAP Negeri Pahang meminta Pas Pahang membantu mereka dalam pilihan raya kecil itu bagi menghadapi BN.

PAS Negeri menggerakkan jentera pilihan rayanya di lima lokasi iaitu di Janda Baik, Benus, Mempaga, Ketari dan Ketari Selatan.

Bagaimanapun, pemimpin Pas Pusat tidak akan terlibat dengan pilihan raya kecil itu kerana DAP Pusat masih belum menghantar sebarang permohonan untuk membantu DAP dalam pilihan raya itu.

Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya DAP Pahang, Leong Ngah Ngah telah menghantar surat rasmi kepada Pas Negeri bagi meminta bantuan jentera Pas menghadapi pilihan raya itu.

(AgendaDaily)
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net