Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
DAP Fokus Kepada Isu Nasional, Bukan Tempatan
 

Oleh: Sevan Doraisamy


Parti Tindakan Demokratik (DAP) meminta kerajaan menghentikan beberapa isu kontroversi dengan segera. Komandan pilihanraya kecil Ketari untuk parti tersebut, Ronnie Liu, memberitahu manifesto pilihanraya merangkumi sepuluh perkara.

“Kita mahu kerajaan BN (Barisan Nasional) dengan serta merta berhentikan projek concept vision school (sekolah wawasan) dan no.2 memberhentikan kawalan semua media dan surat khabar. No. 3. kita mahu kerajaan BN menarik balik pengumuman bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam dan ke-4 memberhentikan semua projek penswastaan yang tidak membawa kebaikan kepada rakyat. No. 5 memberhentikan sistem kuota mengikut bangsa.”

Perkara lain menurut Ronnie adalah menghentikan akujanji terhadap penuntut dan pensyarah serta pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Selain itu, DAP juga menuntut ceramah politik dibenarkan dan menghentikan penyalahgunaan kuasa polis.

Ronnie juga memberitahu pihaknya telah membuat aduan polis terhadap dua insiden hari ini. Katanya, beberapa penyokong DAP dihalang daripada menampal poster oleh sekumpulan penyokong BN dan dalam satu lagi kejadian, banyak poster-poster dan kain rentang DAP dimusnahkan.

Pilihanraya dewan undangan negeri bagi kawasan Ketari, Pahang dijadualkan berlangsung pada hari Ahad depan. Calon BN, Yum Ah Ha, dari parti Gerakan, akan berhadapan dengan calon DAP, Choong Siew Onn.

(RadiqRadio)

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net