Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Pemimpin BA Turut Hadir Di Hari Penamaan Calon
 


BENTONG: Walaupun propaganda BN cuba sedaya-upaya mengaburi mata rakyat bahawa barisan pembangkang berpecah belah, soladiriti pembangkang diperkuatkan sepanjang hari penamaan calon PRK Ketari Sabtu lalu dengan kehadiran beberapa orang pemimpin kanan BA.

Di antara pemimpin BA yang turut menghadiri majlis penamaan calon itu adalah ahli MPT keADILan dan AP Kemaman YB Abdul Rahman Yusuf, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan YB Haji Wan Abdul Rahim, ahli MPT keADILan Saudara N Gobalakrishnan dan EXCO Pemuda Saudara Diong Tzhi Toh.

Pemimpin-pemimpin kanan BA yang lain dijangkakan akan turut sama menyertai kempen DAP di Ketari terutamanya di kawasan-kawasan majoriti Melayu.

Umum mengetahui bahawa DAP kalah tipis dalam PR Umum 1999 kerana sokongan mendadak pengundi Melayu hasil kerjasama pakatan pembangkang melalui Barisan Alternatif. Sebelum itu DAP sering kalah dengan margin undi yang jauh lebih besar.

Timbalan Ketua Pemuda keADILan Yb Saudara Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini mengesahkan beliau akan turut ke Ketari untuk mempastikan kemenangan calon DAP.
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net