Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
DUN Ketari: Melayu Dan Cina, Siapa Lebih Bijak?
 
 

Pilihanraya Kecil DUN Ketari akan berlangsung tidak berapa hari lagi. Sepertimana biasa yang lebih ghairah dan kelam kabut adalah UMNO, walaupun yang bertanding mewakili BN di situ adalah Parti Gerakan. Ini adalah kerana menang atau kalahnya BN di DUN Ketari, UMNO sudah pasti menerima kesannya. Peranan UMNO di DUN Ketari nanti tidak lain tidak bukan hanya untuk menguji sejauh manakah rakyat-rakyat Ketari khususnya orang Melayu boleh ditipu. UMNO tahu amat sukar untuk menipu masyarakat Cina walaupun berbagai-bagai propaganda melalui media telah dibuat bagi menakutkan masyarakat Cina sepertimana di Pilihanraya Kecil DUN Indera Kayangan baru-baru ini. Yang pasti undi masyarakat Cina di DUN Indera Kayangan meningkat menyokong pembangkang.

Masyarakat Cina tidak mudah lupa seperti masyarakat Melayu yang disajakkan oleh Mahathir bahawa `Melayu Mudah Lupa'. Kata-kata Mahathir terbukti di Indera Kayangan sememangnya Melayu mudah lupa. UMNO sedar, walau apa pun yang mereka lakukan terhadap orang Melayu hatta ugama Islam sekalipun, Melayu akan terus lupa dengan syarat perut-perut mereka mestilah diisi sekenyang-kenyangnya. Di DUN Ketari, pemberian geran tanah oleh MB Pahang baru saja dilakukan setelah bertahun-tahun rakyat Ketari dipermainkan. Inilah langkah pertama bagi `mengisi perut' orang-orang Melayu. Kita percaya banyak lagi suapan demi suapan akan dilakukan oleh UMNO sehari dua ini bagi menguji sejauh manakah kebodohan orang Melayu Ketari berbanding kebodohan orang Melayu di DUN Indera Kayangan setelah orang Cina di DUN Indera Kayangan membuktikan mereka lebih bermaruah dan berakal dari orang Melayu di situ.

UMNO juga tahu orang-orang Melayu amat mudah di gula-gulakan dan mereka juga sanggup menjual maruah demi kesenangan hidup mereka di dunia. Pemimpin-pemimpin UMNO kini yang telah lama meletakkan kepala mereka di bawah tapak kaki Mahathir akan cuba mengajak rakyat khususnya orang-orang Melayu bersama-sama mereka menghulurkan kepala masing-masing di bawah tapak kaki Mahathir. UMNO sedar dengan memberikan sedikit kesenangan kepada masyarakat Melayu, mereka akan terus lupa beberapa kes rasuah dan penyelewengan, penghinaan terhadap Ulamak dan ugama Islam, skandal kewangan PPRT, KWSP, Tabung Haji, PERWAJA dan banyak lagi yang Kerajaan UMNO telah lakukan. Orang Melayu terus lupa betapa negeri Orang Melayu di Terengganu dizalimi dengan rampasan wang royalti dan akhirnya orang Melayu di Terengganu umpama peminta sedekah di negeri sendiri bagi mengharapkan wang ihsan. Pulau Pinang yang dipimpin oleh pemimpin Cina terus dibangunkan dan dibantu sedaya upaya.

Di Negeri Pahang sendiri, kawasan balak yang banyak diteroka mengkayakan Melayu atau Cina? Sehinggakan tempat perjudian di Genting Highland, bukan sahaja ingin dihapuskan malahan melahirkan kekayaan kepada orang Cina. Orang Melayu juga lupa dengan kes rasuah yang melibatkan Tan Sri Khalil Yaakob sepertimana yang telah didedahkan oleh ADUN Beserah, Dato Fauzi dahulu. Mengapa kes ini diam begitu sahaja? Mengapa pula Dato' Fauzi juga membisu seribu bahasa? Tiada siapa pemimpin UMNO yang berani menegur kerana kepala-kepala mereka kini berada di bawah tapak kaki Mahathir.

Masyarakat di DUN Ketari mempunyai peluang untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai maruah dan tidak sebodoh yang disangkakan. Pahang adalah salah sebuah negeri yang menjadi target dan tumpuan pembangkang untuk dirampas pada Pilihanraya Umum 2004 nanti. Kemenangan pembangkang di DUN Ketari ini amat penting bagi menjana kekuatan pembangkang bagi menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang. Maruah orang Melayu di Pahang kini terletak kepada masyarakat Melayu di DUN Ketari. Maruah masyarakat Cina telah dibela di DUN Indera Kayangan dan kini tiba giliran masyarakat Melayu Ketari untuk menebus kebodohan orang Melayu di Indera Kayangan. Kita akan lihat nanti, siapakah yang sanggup meletakkan kepala mereka di bawah tapak kaki Mahathir, orang Melayukah ataupun orang Cina?

ZULHAZMI NS
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net