Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
YB Saifuddin: Pemuda keADILan Akan Berada Di Ketari
 


PETALING Jaya: Timbalan Ketua Pemuda keADILan YB Saudara Saifuddin Nasution Ismail memberi isyarat semalam bahawa Pemuda keADILan akan turun padang membantu calon DAP dalam pilihanraya kecil Ketari yang akan datang.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya wartawan semalam.

Beliau juga mengesahkan akan berada bersama-sama calon DAP dan penyokong pembangkangg semasa hari penamaan calon.

Pilihanraya Ketari bakal menemukan calon DAP dan Gerakan, setelah bekas calonnya meninggal dunia baru-baru ini. Calon DAP tewas tipis dengan undi 231 dalam pilihanraya umum 1999, ketika DAP masih berada di dalam pakatan DAP.

Sumber Pemuda keADILan mengesahkan sebahagian besar tenaga kerja Pemuda akan berada di Ketari bagi menjamin undi Melayu terutamanya berpihak kepada calon pembangkang. Difahamkan jentera PAS juga telah digerakkan bagi tujuan membantu usaha calon DAP menewaskan BN.

Hubungan di antara DAP dan BA tegang seketika apabila DAP menarik diri dari BA akibat perselisihan mengenai 'negara Islam'. Dalam pilihanraya kecil Indera Kayangan dalam bulan Januari lalu, DAP enggan menghulurkan bantuan kepada calon keADILan yang bertanding.

Walau bagaimanapun, presiden PAS dan keADILan telah memberi isyarat bahawa kedua-dua parti itu sudi menghulurkan bantuan kepada DAP atas semangat setiakawan pembangkang. Sekretariat Pemuda juga telah dimaklumkan bahawa jemputan rasmi telahpun dihantar kepada BA agar turun membantu DAP di Ketari.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net