Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Ketari : PRM Sokong Calon Pembangkang
 



Kami diberitahu secara lisan dari Pahang bahawa pihak DAP telah menghantar surat kepada Setiausaha Agung tiap-tiap parti dalam BA memohon bantuan untuk pilihan raya kecil Ketari. Setakat ini PRM belum lagi menerima surat tersebut.

Di peringkat negeri Pahang, PRM telah mengadakan perbincangan dengan keADILan dan juga PAS. Pada prinsipnya PRM turut sedia membantu dalam pilihanraya kecil ini apabila menerima permintaan dari DAP. Jikalau perlu, anggota-anggota dan bahagian-bahagian PRM di Pahang akan digerakkan untuk menentang BN dan menyokong calon pembangkang..

Kami ingin menegaskan semula kenyataan yang telah dibuat oleh Majlis Presiden BA bahawa walaupun pada masa-masa yang lalu beberapa orang pemimpin DAP sering membuat tohmah terhadap parti-parti dalam BA, namun kami tidak akan mengikut cara yang sama, demi kepentingan calon pembangkang yang menentang BN di Ketari.

PRM membantah tindakan polis hendak menyekat bilangan penyokong untuk mengiringi calon pada hari penamaan calon dan juga melarang parti-parti lain daripada yang bertanding untuk mengibarkan bendera. Kami akan mempertahankan hak kami dalam kedua-dua perkara ini.

Sekretariat
Parti Rakyat Malaysia (PRM)

20hb Mac 2002
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net