Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
DAP Mungkin Berjuang Sendirian Hadapi Pengundi Ketari
 



KUALA LUMPUR: DAP kemungkinan besar terpaksa berkempen secara ‘solo’ tanpa bantuan tiga parti dalam pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari, Pahang kerana sehingga kini, DAP belum mengemukakan jemputan rasmi kepada parti berkenaan.

Setiausaha Agung Keadilan, Sahri Bahri, berkata walaupun Mesyuarat Majlis Presiden pakatan pembangkang berhubung pilihan raya kecil DUN Ketari kelmarin, sudah memutuskan mereka tidak akan bertanding bagi memberi laluan kepada DAP, tapi mereka masih menunggu jemputan untuk membantu kempen.

Beliau berkata, pakatan bersikap terbuka dan bersedia membantu, namun sehingga semalam DAP belum membuat permintaan rasmi untuk mendapatkan bantuan Barisan Alternatif (BA).

“Apa pun, BA mengambil keputusan untuk bersikap terbuka, sebagai langkah untuk menggembleng seluruh tenaga pembangkang bagi menentang BN,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu.

Mesyuarat Majlis Presiden pakatan pembangkang di Ibu Pejabat Keadilan di Damansara, Khamis lalu dihadiri semua pemimpin parti anggota termasuk Presiden Keadilan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor dan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr Syed Husin Ali.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Keadilan, Ruslan Kassim, juga berkata Keadilan hanya membantu DAP di Ketari jika ada permintaan daripada DAP dan jika tidak mereka akan menyerahkan kepada Keadilan di Bentong untuk memutuskan, sama ada akan membantu atau tidak.

Setiausaha Agung DAP, Kerk Kim Hock, yang dihubungi enggan mengulas sama ada parti itu akan ‘menjemput’ BA untuk membantu mereka berkempen di Ketari.

“DAP mengalu-alukan keputusan BA untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Ketari dan esok (hari ini) saya akan ke Bentong bagi mengadakan perbincangan dengan ahli jawatankuasa pilihan raya DAP di sana.

“Sama ada kita akan membuat jemputan rasmi kepada BA untuk membantu...saya tidak mahu memberi sebarang komen,” katanya.

DAP akan mencalonkan Choong Siew Onn untuk menentang calon BN, Yum Ah Ha, dalam pilihan raya kecil berkenaan.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net