Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
SPR: Penamaan Calon 23 Mac, Pengundian 31 Mac
 
 

PUTRAJAYA, - Hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Ketari, Bentong ditetapkan pada 23 Mac dan hari pengundian pada hari Ahad, 31 Mac, Suruhanjaya Pilihanraya mengumumkan hari ini.
Pengerusi SPR Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman berkata kejayaan pilihanraya kecil itu bergantung pada kerjasama semua pihak.

“Oleh itu saya meminta media massa memberikan liputan yang adil kepada parti-parti yang bertanding, dan semua parti politik, calon serta petugas-petugas kempen mematuhi undang-undang pilihanraya dan etika berkempen.

Pilihanraya kecil Ketari itu dijangka menjadi pertandingan satu lawan satu di antara calon Barisan Nasional-Gerakan, Yum Ah Ha, peguam, 50, dan calon DAP Choong Siew Onn, eksekutif kawalan mutu, 34.

Kerusi DUN itu menjadi kosong apabila penyandangnya Datuk Loke Koon Kam, 58,meninggal dunia kerana barah rahang.

Loke menang dengan majoriti 231 undi pada pilihanraya umum 1999 , mengalahkan calon Barisan Alternatif-DAP pada masa itu, Choong Siew Onn.

Menurut Rashid, daftar pengundi yang akan digunakan bagi pilihananraya kecil itu ialah daftar yang diwartakan pada 27 Disember 2001 dan dikemaskini sehingga 12 Mac.

Katanya, Ketari mempunyai 17,143 pengundi yang berdaftar di mana 95 daripadanya adalah undi pos.

Menurut pecahan kaum, 53.83 peratus ( 9,228) adalah pengundi Cina, 39.12 peratus pengundi Melayu (6,706) dan 5.21 peratus (843) pengundi India. Bakinya 1.3 peratus Orang Asli (223), 0.21 peratus bumiputra Sabah dan Sarawak ( 36 ) dan 0.33 peratus lagi lain-lain ( 57).

Mengenai keputusan pula, Rashid berkata keputusan dijangka dapat diumumkan mulai jam 10.00 malam pada hari pengundian itu.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net