Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Jawapan keADILan Pahang Kepada Cabaran Menteri Besar Pahang
 


YAB Dato Seri Adnan Yaakob , Menteri Besar Pahang dan juga Pengerusi BN Pahang di dalam kenyataannya yang bertarikh 12 hb March 2002 di dalam Berita Harian menyatakan keADILan Negeri Pahang takut untuk berhadapan dengan BN didalam Pilihanraya kecil DUN Ketari dan juga keADILan hanya berani bercakap mengenai isu tanah hakmilik peneroka di luar pilihanraya dan seterusnya beliau mencabar keADILan untuk bertanding dan mengetegahkan isu ini.

Maka saya selaku Pengerusi Biro Pilihanraya Negeri Pahang dengan ingin menjawab tuduhan yang melulu dan tidak pratikal dari YAB Dato Seri.

KeADILan Pahang mengambil keputusan untuk memberi laluan kepada DAP bertembung dengan BN sebenarnya adalah satu strategi politik alaf baru dan yang amat halus sehinggakan tidak dapat di kesan oleh BN negeri Pahang dibawah kepimpinan YAB Dato Seri.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada YAB Dato Seri kerana mengundang kami untuk bertanding di Ketari. InsyaAllah masanya akan tiba dimana UMNO-BN Pahang akan bertembung dengan kami dan pada ketika itu kami akan pastikan YAB Dato Seri serta UMNO-BN negeri Pahang akan tinggal nama partinya sahaja tanpa pengikut dan lama-kelamaan nama parti pun akan hilang dibawa arus massa.

Manakala tuduhan YAB Dato Seri tentang keADILan perlu mengetengahkan isu tanah milik ini dengan menyertai PRK adalah amat lucu dan tidak mempunyai akal yang tinggi. Untuk makluman YAB Dato Seri , KeADILan Negeri Pahang telah memperjuangkan isu ini dan beberapa isu lain seperti isu pembalakan yang melampau , isu tanah rizab melayu , isu kehidupan peneroka , isu petani dan ianya telah lama di suarakan melalui wakil parti ini di dalam Dewan Undangan Negeri Pahang.

KeADILan tidak menanti pilihanraya sahaja untuk menolong rakyat dan prinsip ini sebenarnya tidak ada pada BN-UMNO baik diperingkat negeri Pahang ataupun di peringkat pusat. Bagi keADILan rakyat perlu dibantu dari masa ke semasa bukannya apabila berlaku pilihanraya barulah jalan akan menjadi baru , masjid akan di cat baru , jambatan kayu akan menjadi jambatan batu dan semuanya baru hanyalah kerana membeli hati rakyat. Itu bukanlah prinsip keADILan kerana kami telah dididik oleh Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menolong rakyat pada setiap masa setiap ketika dan rakyat khususnya di negeri Pahang mula menunjukan sokongan mereka kepada keADILan.

Insya-Allah sekali lagi saya nyatakan disini , niat YAB Dato Seri untuk bertemu dengan keADILan akan dikabulkan Allah SWT dan masanya adalah piliharaya umum 2003-2004 dan ketika itu saya berharap YAB Dato Seri supaya banyak bertenang dan tidak gelabah ataupun hilang akal kerana pada masa itu rakyat di negeri Pahang akan bersama kami membacakan talkin untuk BN-UMNO.


Aznan Abu Bakar
Pengerusi
Biro Pilihanraya Negeri Pahang
Merangkap Ketua Pemuda keADILan Bahagian Pekan

 


Berikut adalah petikan berita berkaitan,

 

Parti KeADILan pengecut kerana tak bertanding di Ketari – Adnan

BENTONG, Isnin 11 Mac - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menyifatkan parti Keadilan sebagai ‘pengecut’ kerana tidak berani bertanding di pilihanraya kecil Ketari .
Menurut beliau, parti Keadilan sepatutnya bertanding di kawasan DUN itu supaya segala isu yang dibangkitkannya itu dapat dihakimi oleh para pengundi dan ditentukan siapa yang benar dan siapa yang bersalah.

“ Kalau parti Keadilan nak masuk campur dalam kempen DAP sahaja, lebih baik kalau dia sendiri bertanding. Jangan kacau daun sahaja,” tegasnya ketika ditanya para wartawan di sini mengenai keputusan Keadilan memberi laluan kepada DAP.

Kata Adnan, kerjasama di antara parti-parti Barisan Alternatif dengan DAP di pilihanraya kecil itu nanti adalah kerjasama biasa.

“ Kita tahu persahabatan mereka itu tidak kekal. Macam embun pagi. Sebaliknya, kami dalam Barisan Nasional, Umno dan MCA boleh tolong parti Gerakan, MIC dan PPP boleh tolong MCA,” jelasnya.

Beliau yang juga pengarah BN bagi pilihanraya kecil itu berkata, BN mahu mempastikan calon Gerakan itu mencapai kemenangan besar.

“ Tidak kira siapa yang menjadi pengarah pilihanraya, yang penting dia mesti menjalankan tugasnya dengan gigih,” kata Adnan.

Menteri Besar itu memberitahu, BN hendaklah mengikut selera dan keperluan penduduk-penduduk Ketari yang mempunyai kebudayaan masing-masing-Melayu, Cina dan India.

Dengan kerjasama semua pihak dari peringkat negeri dan pusat, Adnan yakin Bn boleh menang.

“Kita semua mestilah bekerjasama sebagai satu pasukan untuk berjaya. Seperti orang bikin filem. Mereka mesti ada pelakon, pekerja am, pengarah, penerbit, jurugambar dan lain-lain,” tegasnya.

(AgendaDaily)

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net