Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Berapa Ramai Lagi Ahli keADILan Ketari Keluar Parti?
 



Oleh Ummu Natasya

TIDAK lama lagi, pilihan raya kecil Dun Ketari, Bentong akan diadakan. Satu ingatan yang ingin saya sampaikan ialah bersiap sedialah dari segi mental dan fizikal. Jangan mudah terpengaruh dengan berita-berita yang bakal disiarkan media massa pro kerajaan, khususnya akhbar dan TV yang bakal menerbitkan propaganda kononnya ada penyokong keADILan atau DAP bertindak keluar dari parti itu kerana mahu menyokong BN.

Biasanya kalau calon pembangkang terdiri dari calon DAP, akan ada berita kononnya ahli-ahli DAP dari salah satu cawangan di Dun Ketari mengisytiharkan mereka meninggalkan DAP kerana hilang keyakinan kepada parti itu.

Jika calon pembangkang yang menentang calon BN terdiri dari calon keADILan, akan terbit pula berita kononnya ahli-ahli keADILan bertindak meninggalkan parti itu kerana hilang keyakinan kepada parti itu.

Berita Chandra Muzaffar, Marina Yusof, Hamdan Taha, Zainor Zakaria dan beberapa orang lagi yang sudah meninggalkan keADILan akan disiarkan setiap kali ada berita pilihan raya bagi memberi keyakinan kepada penyokong BA di Ketari bahawa mereka juga sepatutnya mengikut jejak semua bekas pemimpin keADILan ini.

Cuba kita semua bertanya, ke mana perginya Baharuddin Ali Masrom, Wan Indera Putra dan seorang dua lagi budak-budak yang meninggalkan perjuangan kononnya mencari tempat dalam Umno. Apakah mereka duduk di ruang tamu Umno atau di kaki lima sahaja. Betul mereka mendapat sedikit habuan tetapi itukah nilai sebenar diri mereka?

BN cukup risau apabila BA pernah mengabungkan empat parti. DAP, keADILan, Pas dan PRM. Empat pemimpin pembangkang ini, Lim Kit Siang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail, Dato’ Fadzil Noor dan Dr. Syed Husin Ali boleh duduk semeja, bersyarah atas satu pentas dan memperjuangkan satu-satu isu secara bersama.

Pelbagai cara akhbar pro pemerintah jalankan bagi memecahkan gabungan ini. Saban hari mereka memainkan isu Negara Islam yang diperjuangkan Pas. Ini kononnya boleh menakutkan DAP dan para penyokongnya. Dan dipercayai isu ini akan dimainkan oleh BN lagi di dalam kempen pilihan raya kecil Dun Ketari, tetapi mereka akan menutup kenyataan Dato’ Seri Dr. Mahathir yang sudah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Para penyokong dan pendokong keADILan, Pas, PRM dan DAP perlu bertekad bahawa musuh mereka ialah BN. Jangan sesekali bertelagah sesama sendiri dalam pilihan raya kecil ini. Peluang untuk pembangkang menang amat cerah jika kena strategi yang disusun.

Para pengundi di Dun Ketari mestilah memastikan undi mereka tidak diberikan kepada BN yang hanya sanggup berjanji itu dan ini tetapi permohonan tanah di Janda Baik dan Bukit Tinggi masih belum selesai, walaupun sudah terlalu lama permohonan dibuat. Jangan lupa isu bonus Tabung Haji yang mempunyai aset bernilai RM11 billion hanya mampu membayar bonus 3.25 peratus sahaja.

Jangan lupa kerugian Perwaja, wang PPRT lesap, Mahligai PM RM200 juta dan fitnah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Anak-anak Perdana Menteri cukup kaya dan berjaya dalam perniagaan. Vincent Tan, Ananda Krishnan, Abu Juling, Lim Goh Tong dan Yong Ting Ley membolot pelbagai peluang di Malaysia, sedangkan orang-orang kampung tidak dilayan permohonan tanah mereka.

Isu rasuah penguatkuasa PBT, Polis, Imigresen dan Kastam yang membolehkan pendatang asing membanjiri negara ini juga merupakan isu yang tidak boleh didiamkan. Keluarga Pak Lah dan isu rasuah Tan Sri Khalil Yaakob ketika menjadi Menteri Besar Pahang juga perlu diungkit semula.

Apa sudah jadi dengan aduan yang dibuat Dato’ Fauzi Abd Rahman dahulu terhadap Khalil Yaakob? Apakah sudah selesai atau mahu didiamkan begitu sahaja kerana dia Setiausaha Agung Umno?

Waspadalah wahai pengundi di Dun Ketari. Jika mereka beri duit ambil. Beri gula ambil tapi pangkah mestilah jangan memangkah BN kerana BN tidak pernah insaf di atas kesilapan mereka. Mereka masih terus menyamun harta rakyat, mengautkan kekayaan dan lupa tanggungjawab membela nasib rakyat.

Tarif dan sewa telefon rumah (Telekom) juga naik kerana mereka tahu wang yang banyak milik Telekom boleh menyelamatkan syarikat kroni. Wang Petronas bukan digunakan untuk membela nasib rakyat miskin sebaliknya digunakan untuk menaja Formula 1 – Perlumbaan Kereta kegemaran Dato’ Seri Dr. Mahathir dan anaknya..

(Dapatkan buku Penyelewengan PPRT-Siapa Benar? Susunan Fadzli Mohd Nor dengan harga RM10.50 (termasuk belanja pos) dengan menghubungi ummu_natasya@hotmail.com segera. Cetakan terhad).


 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net