Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Wan Azizah - Parti KeADILan Bagi Laluan Kepada DAP
 


KUALA LUMPUR, - Parti KeADILan tidak akan meletakkan calon di kawasan DUN Ketari bagi pilihanraya kecil akan datang, kata Presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.
Dalam kenyataannya, beliau berkata biro politik parti yang bermesyuarat semalam mengambil keputusan memberi jalan kepada DAP untuk bertanding melawan calon Barisan Nasional.

Dr Wan Azizah bagaimanapun tidak menyebut yang partinya akan membantu calon DAP dalam kempennya, kerana perkara itu bergantung kepada keputusan bersama dua lagi parti komponen Barisan Alternatif ( Pas dan PRM) nanti.

Beliau menegaskan bahawa partinya “mengambil sikap terbuka” dalam soal menghulurkan bantuan kepada DAP.

Pilihanraya kecil bagi kawasan DUN Ketari akan dilangsungkan berikutan kematian penyandang kerusinya mendiang Datuk Loke Koon Kam dari parti Gerakan minggu lalu.

Loke memang dengan undi majoriti yang tipis iaitu 231 undi dengan mengalahkan calon DAP Chong Chew Onn dalam pilihanraya umum 1999. Pada masa itu DAP berada di dalam BA.

DAP keluar dari BA pada September tahun lalu dan parti itu langsung tidak membantu parti Keadilan yang bertanding di kawasan DUN Indera Kayangan, Perlis Februari lalu.

Timbalan Presiden Pas Datuk Haji Hadi Awang minggu lalu memberitahu bahawa Pas tidak akan membantu DAP dalam kempennya di Ketari.

Barisan Nasional-Gerakan dijangka akan meletakkan calon professional di pilihanraya kecil Ketari itu nanti. Dua bakal calon yang paling berpeluang mewakili BN ialah Dr Ng Keong Chye, 46,dan Yun Ah Ha ( peguam), 51.
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net