Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
BN Sukar Pertahankan Kerusi DUN Ketari – Akui Presiden Gerakan
 


BENTONG - Presiden parti Gerakan Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik hari ini mengaku bahawa Barisan Nasional menghadapi halangan besar dalam usahanya mempertahankan kerusi DUN Ketari dalam pilihanraya kecil nanti.
Beliau mengingatkan semua parti komponen parti BN supaya jangan mudah puas hati, sebaliknya mereka hendaklah bekerja sekuat-kuatnya untuk memenangkan calon BN yang dijangka ditentang oleh calon DAP sahaja.

Dalam sidang media selepas mesyuarat Parti Gerakan Negeri Pahang di sini, Dr Lim juga menegaskan bahawa faktor suku dialek Guangxi tidak menjadi pertimbangan utama dalam pemilihan calon Ketari.

Beliau membuat penjelasan itu memandangkan isu dialek bakal-bakal calon BN dibangkitkan di kawasan Bentong ini yang para pengundinya rata-rata adalah Cina yang berdialek Guangxi.

Penduduk-penduduk Guangxi di sini terkenal dengan semangat kedaerahan mereka yang kuat terutamanya dalam memilih pemimpin bagi pertubuhan atau politik atau semasa pilihanraya.

Dr Ng Kong Chye, doktor yang membuka kliniknya di Bentong sejak 18 tahun yang lalu, dialek Hokkien tetapi fasih dalam dialek Guangxi, 42, dipercayai mendapat pertimbangan utama parti Gerakan

Menurut Dr Lim, pihaknya sudah menyenaraikan empat calon yang sesuai bagi pilihanraya kecil Ketari.

Antaranya ialah Dr Ng Kong Chye, 42, Hokkien tetapi dikatakan fasih dalam dialek Guangxi; Yun Ah Ha, peguam,dialek Guangxi, 51; dan Leong Yen Kwong,60, pesuruhjaya sumpah, dialek Guangxi. Seorang lagi nama yang baru disebut-sebut ialah pengusaha balak, Leong Ah Khuan, 46.

Katanya, BN mengambilkira faktor-faktor utama bakal calon itu termasuk status mereka sebagai anak tempatan, sanggup memberi perkhidmatan kepada rakyat,berpotensi menjadi pemimpin, mempunyai sikap yang baik terhadap rakyat dan bersemangat untuk maju.

Dr Lim berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob Isnin dan kemudian menemui Pengerusi BN Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya Selasa depan untuk keputusan muktamad.

Beliau berharap Datuk Seri Adnan akan mengumumkan nama calon yang terpilih oleh BN pada hari Rabu.

Dr Lim akan berlepas ke Rusia bersama Perdana Menteri Khamis depan untuk lawatan rasmi.

Menurut Presiden Gerakan itu lagi, semua bakal calon sudah berjanji untuk memberikan sokongan penuh kepada sesiapa juga yang terpilih nanti.

Dr Lim berkata BN sudah menganalisis keputusan pilihanraya umum 1995 dan 1999 dan pihaknya tahu akan kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi segera untuk mengekalkan kerusi DUN di tangan BN.

Beliau juga memberitahu bahawa analisis ke atas keputusan 1995 dan 1999 mendapati undi Melayu telah merosot 17 peratus manakala undi Cina merosot 5-6 peratus. Undi India kekal pada 5-6 peratus.

“Sebab itu kami mahu ingatkan semua parti komponen BN bahawa kawasan DUN Ketari ini bukan kawasan selamat,” tegasnya.



 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net