Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
KeADILan Pahang Mengadu: Satu Rumah Di Ketari Ada 10 Pengundi
 
 

BENTONG, - Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Chia Kar Peng mendedahkan bahawa senarai pengundi bagi DUN Ketari memperlihatkan beberapa alamat rumah tertentu ‘diduduki’ lebih 10 orang pengundi.
Dalam sidang medianya di sini tengah hari tadi, Chia berkata pihaknya akan mengkaji senarai pengundi terutama bagi Bukit Tinggi dan dua kampung lain sebelum membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Beralih kepada pendirian partinya, beliau berkata parti pusat belum membuat keputusan dan jika Keadilan tidak bertanding sekalipun, pihaknya tetap akan berada di Ketari untuk membantu para pengundi.

Sementara itu, timbalan pengerusi Parti Keadilan negeri Pahang Lim Yun Heng memuji calon DAP Choong Chew Onn kerana bersemangat tinggi dan rajin berkhidmat kepada rakyat.

Katanya, wakil rakyat yang baik perlulah memberi khidmat bakti kepada rakyat sepanjang masa dan bukan seperti calon-calon BN yang hanya muncul sewaktu pilihanraya.



 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net