Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
keADILan Wajib Bertanding
 

Oleh: ZULHAZMI NS

Kekosongan DUN Ketari berikutan kematian wakil rakyatnya dari Parti Gerakan baru-baru ini akan memanaskan kembali suasana politik tanahair yang telah sedia panas itu. Seperti biasa, media-media yang dikuasai oleh kerajaan BN akan mula `beroperasi' dengan seribu kisah dongengannya. Propaganda dari lidah-lidah resmi syaitan ini tidak akan berakhir selagi UMNO belum `kiamat' memerintah. Maka, sudah pasti selepas ini beberapa peristiwa kemasukan penyokong-penyokong pembangkang ke dalam BN akan diwar-warkan oleh media-media tersebut.

Sehingga kini tidak pasti siapakah calon yang mewakili parti pembangkang. Yang pastinya, PAS tidak akan bertanding begitu juga dengan PRM. DAP yang telah bertegas tidak mahu bergabung dengan Barisan Alternatif (BA) dikatakan tetap akan meletakkan calon mereka berdasarkan Pilihanraya Umum lepas, calon mereka yang diletakkan di situ meskipun tewas dengan majoriti yang begitu sedikit. Andainya DAP masih di dalam BA, sudah tentu DAP akan menjadi calon di DUN Ketari nanti. Malangnya, DAP masih percaya akan kekuatan mereka bersendirian dan lebih malang lagi DAP langsung tidak menunjukkan semangat untuk membantu calon parti pembangkang semasa Pilihanraya Kecil DUN Indera Kayangan atas alasan mereka tidak lagi bersama BA. Berdasarkan apa yang telah ditunjukkan oleh DAP ini, maka BA haruslah membuktikan bahawa tanpa DAP sekalipun BA akan terus berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.

Setelah perjuangan BA di DUN Indera Kayangan gagal mencapai matlamat, maka peluang yang ada di DUN Ketari hendaklah direbut sebaik-baiknya. Segala kelemahan yang dikenal pasti semasa di Indera Kayangan hendaklah diperbaiki dan usaha hendaklah dilipat kali gandakan demi maruah BA. Parti KeADILan wajib meletakkan calon di DUN Ketari walaupun akan menghadapi tentangan 3 penjuru termasuk dari DAP yang sedikit sebanyak mungkin merugikan BA sendiri. Sekiranya BA rela melepaskan peluang tersebut kepada DAP, nescaya pengundi-pengundi di DUN Ketari khususnya orang Melayu akan pudar semangat mereka untuk berkempen dan mengundi BA. Ini adalah kerana mereka masih terluka dengan sikap DAP yang rela melihat `bekas teman' mereka tersungkur di Indera Kayangan. Lebih-lebih lagi pemimpin-pemimpin DAP mengeluarkan berbagai kenyataan di media-media yang seolah-olah untuk menjatuhkan imej BA di saat-saat BA menghadapi Pilihanraya Kecil DUN Indera Kayangan.

Meletakkan calon KeADILan di DUN Ketari bukan bererti membalas dendam kepada DAP, tetapi adalah satu kewajipan BA untuk membuktikan bahawa BA tetap akan berjuang meskipun DAP tidak bersama. Biarlah DAP mengendalikan bahtera mereka sendiri. BA kali ini tidak harus membuat kesilapan lagi, dan ingatlah UMNO telahpun mula memasuki kawasan Ketari dan akan terus berkampung di sana sehingga hari mengundi. Kepimpinan BA hendaklah lebih peka terhadap kemungkinan strategi politik UMNO/BN. Antara Shahidan Kassim dan Adnan Yaacob tiada bezanya perwatakan mereka, dan BA seharusnya mengetahui pendekatan yang akan mereka gunakan di dalam menghadapi Pilihanraya Kecil ini nanti.

Semoga Parti KeADILan, PAS dan PRM beserta NGO's yang lain akan menukar strategi politik mereka dari bertahan kepada menyerang. Giatkan kempen dari rumah ke rumah, sebarkan risalah, edarkan pita-pita rakaman kaset atau VCD. Kehadiran pemimpin utama pembangkang berceramah di saat-saat akhir perlu dielakkan dan mereka perlu datang berceramah lebih kerap. Mereka juga perlu berkempen dari rumah ke rumah dan tetapkan matlamat 100% pengundi dikunjungi. Semoga tiada insiden buruk berlaku lagi di Ketari dan semoga kita tidak akan melihat aksi lucah MB Pahang seperti di Sanggang berulang kembali. TAKBIRR!! REFORMASI!!

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net