Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Ketari – Sejarah Membuktikan Umcino@BN Akan Lakukan
Kerja Kotor Mereka Untuk Berjaya Dalam Pilihanraya
 



Salam perjuangan dan REFORMASI untuk seluruh pejuang hak rakyat marhaen. KETARI – namanya indah tapi ia akan menjadi satu tempat medan pertempuran politik dua pihak diantara KERAjaan memerintah pimpinan UMCINO@BN dan pembangkang. Pertempuran ini pasti sengit kerana maruah UMCINO@BN akan tercemar jika kalah di KETARI. Maka kerana itu UMCINO@BN sanggup melakukan apa sehaja di KETARI walaupun darah penyokong BA akan mengalir dibumi KETARI mahupun meragut nyawa penyokong BA sekalipun mereka sanggup lakukan.

Bagi pihak POLIS mereka kini tak mampu untuk melaksanakan undang-undang Negara jika UMCINO@BN melakukan apa sehaja sesuka hati mereka …. Bukti terbaru di Indera Kayangan Dan Baling …. :-

1) Seorang petugas KeADILan dipukul dengan teruk depan SB dan anggota polis beruniform, dan petugas keadilan ini pula yang dituduh memukul 100 orang petugas BN. Ada ke logik 1 orang pukul 100 orang … keh..keh..keh…!!!!.

2) Anggota Polis dipukul oleh petugas UMCINO@BN didepan SB dan orang awam serta laporan polis anggota polis yang dipukul itu telah diarah dibatalkan untuk melindungi pesalah dari UMCINO@BN. Ada ke masuk akal seorang anggota POLIS yang dipukul oleh petugas UMCINO@BN telah dituduh bersubahat dengan petugas BA untuk memfintah UMCINO@BN....macam-macam cara UMCINO@BN nak menutup pekung mereka.

3) Kenderaan Petugas BA dan Peminpin BA dipecahkan serta dirosakkan oleh petugas UMCINO@BN …. Dan pesalah dari UMCINO@BN yang ditahan pihak POLIS telah dibebaskan tanpa dibicarakan….!!!! Tak heran lah penjenayah boleh lari lokap sebab POLIS memang bangang dan tolol kerana menjadi anjing upahan UMCINO@BN.

4) Di IK juga … puteri & pemuda UMCINO@BN guna budak-budak sekolah jadi perayu undi….siapa yang guna pelajar untuk politik …. BA ke UMCINO@BN....rasanya senang aje jawapanya…!!!!.

5) Ada ke masuk dek akal kenderaan POLIS dibakar dalam kawalan dan didepan FRU, PGA & SB di Baling… lepas tu pemandu trak polis ni boleh bawa trak yang tengah terbakar tersebut ketempat lapang supaya TV 3/4 boleh ambil gambar untuk buat berita canggih kat TV. Yang nak ketawa yang tukang lempar bom api kat trak polis tersebut tak kena tangkap pulak kerana polis kesian kat dia masa nak pasang api kat bom tu….!!!! Punya baik baik polis kat Baling tu ye…!!!!. ( tapi jangan lupa kirim salam kat ASP RODZWAN… kerana skrip anda macam skrip cerita DOREMON)

6) Ada ke CUKA GETAH yang disimpan dalam bekas plastik minuman, lalu dilempar terkena tangan OCPD BALING cuma rasa gatal tangan aje, macam kena gigit semut aje…..!!!! ( itulah yang diakui oleh OCPD BALING dalam Utusan Meloya & Berita Hairan dan disokong oleh Pak Lah Badawi Menteri Dalam Negeri ). Agaknya cuka makan aje kut .. saja nak glamour OCPD BALING, maka buat gempak kena CUKA GETAH … he..he..he…!!!. Tapi itulah satu-satunya OCPD paling tak pakai otak bila bercakap…itu dan aje….??? Abih rosak semua Jabatan Polis sebab kebodohanya itu.

Ini adalah kejadian terbaru kebodohan serta kelemahan pihak POLIS upahan UMCINO@BN …. Dan masihkah rakyat marhaen mampu memberikan kepercayaan kepada kepada POLIS untuk berlaku adil serta mengikut undang-undang Malaysia dalam melaksanakan tugas mereka…????? Atau mereka lebih suka kepada tugas sebagai POLIS POLITIK UMCINO@BN …. ????? tapi itulah hakikat yang sebenarnya hari ini … tugas-tugas politik lebih diminati oleh pasukan POLIS upahan UMCINO@BN …. Sampaikan penjenayah dan pendatang haram boleh lari dari lokap serta kawalan polis ….. tapi jika soal politik UMCINO@BN tergugat … sampai lubang cacing mereka cari musuh politik UMCINO@BN ni….. bak kata orang tak dapat bapak … anakpun boleh dijadikan mangsa…..!!!!! ada yang menafikan … tolong bagi hujah dan contoh sekali ….!!!!!.

KETARI …. Dah lama jadi isu sejak Sanggang lagi …!!!! Punyalah hangat .. kini yang ditunggu dah tiba … medan perjuangan sebenar politik alaf baru untuk dipraktikan di KETARI ….apakah BA masih mahu berkhayal dengan kejayaan 1999 di KETARI …. Tapi kita perlu berpijak di atas bumi yang nyata …. Jangan kita termakan tipu muslihat pengundi yang berpura-pura serta musuh dalam selimut yang memang menunggu masa nak mengaibkan BA ….!!!! Cukuplah kejadian di Indera Kayangan dan Teluk Kemang serta Sarawak begitu juga Likas … musuh dalam selimut telah menafikan peluang BA untuk berjaya disana.

Kalau kita masih hidup dibawah bayang-bayang keegoan UMCINO@BN … usah mimpi BA dengan mudah untuk menang di KETARI …. Kita perlu musnahkan mimpi dan bayang-bayang keegoan UMCINO@BN didalam BA ….. jangan nak berharap BA menang jika ilmu politik UMCINO@BN , MCA, GERAKAN, MIC diguna pakai didalam BA …. Ilmu tersebut dah usang serta lansung tak boleh diguna pakai oleh BA dalam mencerna POLITIK ALAF BARU untuk generasi moden yang perlukan ketulusan serta keikhlasan dalam menjana Kearah Malaysia Yang Adil.

Biar BA berpijak dibumi nyata kali ini…. Jangan kita bermimpi dengan cerita-cerita indah musuh dalam selimut serta mainan politik UMCINO@BN dengan rakan yang sewaktu denganya. Kita perlukan kebijaksanaan ilmu politik serta muslihat politik di alaf baru ini. Sekadar bermodalkan air-liur sehaja adalah mustahil kita mempengaruhi minda pengundi di KETARI … perlu kita sedar pengundi di KETARI adalah golongan bijak menilai taktik politik parti-parti yang yang bertanding disana … yang pastinya jika mahukan WANG dan PANGKAT …. BN adalah pilihan tepat ….. jika mahukan ketelusan serta perubahan dalam Malaysia, BA adalah pilihan mereka …. Namun begitu WANG dan PANGKAT adalah pilihan utama semua orang … jadi untuk mengatasi politik WANG dan KUASA ini …. Kefahaman serta ketajaman minda politik adalah ditagih kepada pengundi …. Untuk merealisasikan ketelusan serta keadilan tertegak di KETARI…. BA perlu memainkan peranan penting dalam mencerna minda para pengundi KETARI … tips dan cara-cara politik alaf baru perlu digerakkan semaksima yang boleh untuk memastikan para pengundi di KETARI menjadi bijak dan tidak menjadikan WANG dan PANGKAT sebagai tuhan mereka.

Misi ini nampak mustahil … tapi LUNAS telah membuktikanya …. Kenapa kita tak mahu memaksimakan kerja-kerja pembersihan minda ini kepada para pengundi … terlalu banyak contoh kepincangan serta kejahatan UMCINO@BN serta rakan-rakan yang sama waktu denganya untuk kita ketengahkan. Tapi biarlah contoh tersebut berfakta dan sahih, jangan main hentam aje … nanti akan diketawakan oleh Pengundi KETARI … jangan buat cerita macam wayang kulit aje….nanti akan memakan diri BA aje.

Usaha bersepadu dan kerjasama semua pihak dalam BA adalah kunci utama kejayaan BA di KETARI … ia telah terbukti di LUNAS …. Apakah pemufakatan BA ini tak mampu kita realisasikan dengan keputusan Majlis Presiden dicernakan diperingkat akar umbi BA dalam kita memastikan “ Malaysia Yang Adil Dapat Di Tegakkan Berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadis “.

Selamat bertugas di KETARI dan pastikan kemenangan BA untuk persediaan pilihanraya umum ke 11 pada 2003 ini … percayalah KETARI adalah bayangan kepada kejayaan BA pada 2003 ini, Insya Allah.

PSARAFHQ – 7hb.Mac.2002
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net