Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Pilihanraya Kecil Ketari: PRM Minta DAP Bagi Laluan Kepada Calon BA
 


PETALING JAYA- Parti Rakyat Malaysia (PRM) hari ini menyeru pucuk pimpinan DAP supaya “ jangan terlalu emosional” tentang kerusi dewan undangan negeri Ketari.
“ Sebaliknya, pucuk pimpinan DAP hendaklah mengambilkira keadaan sekarang dan wajarlah bagi DAP memberi laluan kepada calon Barisan Alternatif untuk mempastikan kemenangan parti pembangkang,” tegas timbalan setiausaha agung PRM Ang Hiok Gai dalam kenyataannya.

Menurut beliau, PRM berpendapat calon BA adalah yang paling sesuai bagi pilihanraya kecil itu kerana DAP secara sendirian tidak memperolehi undi yang banyak.

“Kawasan DUN Ketari merupakan kawasan campuran. Pada tahun 2001, komposisinya ialah Cina 54%, Melayu 39%, India 5% dan lain-lain 2%. Dalam kawasan campuran seperti ini amatlah sukar untuk calon DAP mencapai prestasi baik.

“Dalam pilihanraya umum 1999, calon DAP meraih undi yang tinggi walaupun kalah di tangan calon BN yang hanya mendapat majoriti 231 Ini kerana ketika itu DAP adalah dalam pakatan BA.

“Sebaliknya, prestasi calon DAP secara sendirian tidak begitu menggalakkan di kawasan itu dalam pilihanraya umum 1995. Calon DAP tewas di tangan calon BN yang mendapat majoriti lebih 3 ribu undi,” jelasnya.

Ang menegaskan, kini DAP sudah keluar dari BA dan peluang untuk calonnya menang sangatlah tipis,sedangkan calon BA berkemungkinan besar boleh menang.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net