Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Calon Ketari Ramai Dalam Senarai - KeADILan Pahang
 

Oleh Salmiyah Harun


KUALA LUMPUR- Senarai calon KeADILan untuk pilihan raya kecil Ketari termasuk "ramai Tiong Hua dan Melayu", menurut Mohamad Jefri, ketua KeADILan Pahang.

"KeADILan sudah mempersiapkan jentera pilihanraya bagi menghadapi pilihanraya kecil Ketari sejak tiga bulan lalu," kata Jefri, yang juga Adun Cini.
Persiapan ini dilakukan memandangkan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu diketahui sudah tidak mampu lagi nebajlankan tugas sebagai Adun kawasan Ketari.

Bekas Adun Ketari, Datuk Loke Koon Kam, 59, yang baru-baru ini meninggal duni telah menghidap penyakit barah rahang sejak dua tahun lepas.

Menurut Jefri, jentera pilihanraya KeADILan sememangnya sudah bersiap sedia setelah ada tanda-tanda kawasan tersebut akan menghadapi pilihan raya sekali lagi.

"Kita turun kepada masyarakat dua tiga bulan yang lalu bila ada tanda-tanda hendak pilihan raya lagi, lagipun orang Umno pun sudah turun sebelum ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, ramai calon pilihanraya yang disenaraikan termasuk kaum Tiong Hua dan Melayu namun keputusan calon yang akan bertanding akan diputuskan dalam mensyuarat Barisan Alternatif minggu depan.

Dalam mesyuarat akan datang itu, katanya mereka akan mendengar pandangan daripada KeADILan Pusat berkaitan pilihan raya yang dikatakan melibatkan tiga parti politik.

"Kalau tiga penjuru selalunya susah hendak menang, itulah yang perlu kita bincang, dan kita mahu tengok padangan dari pusat," tambahnya yang enggan memberitahu calon yang akan bertanding nanti.

Katanya, harapan untuk menang dalam pilihan raya kali ini, akan bergantung kepada strategi daripada pihaknya sendiri.

Sementara itu, Ketua Wanita KeADILan, Fauziah Salleh berkata sama ada Parti KeADILan akan bertanding atau tidak pada pilihan raya ini bergantung kepada keputusan BA, tetapi jentera wanita KeADILan di Bentong sudah mula turun padang.

"Kami bukan sahaja aktif untuk pilihanraya kecil seperti ini malah untuk pilihan raya umum nanti pun kami bersedia, malah ceramah pun kami sudah adakan," katanya yang memberitahu persiapan untuk pilihan raya sentiasa berterusan.

(HarakahDaily)

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net