Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Tarikh P/raya Kecil Ketari : SPR Bermesyuarat Minggu Depan
 
 

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat minggu depan bagi menentukan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari, Pahang, kata pegawai perhubungan awam SPR Muhamad Aszahari Abdul Rahman.
"Tarikhnya (bila mesyuarat itu) akan ditentukan kemudian," katanya ketika ditemui pemberita selepas pertemuan parti Keadilan Nasional (KEADILAN) dengan SPR di sini, Rabu.

Beliau berkata SPR telah menerima surat mengenai kekosongan kerusi DUN Ketari daripada speaker DUN Negeri Pahang, Datuk Mohamad Razali Wan Mahussin hari ini.

DUN Ketari kosong berikutan kematian Datuk Loke Koon Kam akibat kanser Ahad lepas.

Calon Barisan Nasional-Gerakan dijangka akan ditentang oleh calon DAP Choong Siew Onn yang kalah di tangan mendiang Loke pada 1999.

Parti Gerakan dolaporkan sudah memendekkan senarainya kepada tiga calon iaitu Dr Ng Keong Chye , Yun Ah Ha (peguam) dan Leong Yen Kwong ( pesuruhjaya sumpah).

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net