Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Ketari: Pembangkang Jangan Jadi Mangsa BN Lagi..???
 
Oleh: PSARAFHQ – 5hb.Mac.2002



Salam perjuangan dan REFORMASI untuk seluruh pejuang hak rakyat marhaen. Kini KETARI telah muncul….maka fitnah BN bermula …dan para samseng upahan BN kini tengah sebok mengasah parang mereka.

Siapapun calon pembangkang di KETARI ….. ia tetap akan menghadapi Ketua Samseng BN di Pahang Adnan Yaakop dan Khalil …. Mahu tidak mahu semua calon pembangkang terpaksa bersedia melihat petugasnya cedera atau melayang nyawa mereka di KETARI. Sejarah kejahatan BN telah terbukti dan tak mampu dinafikan oleh sesiapapun…. Kes kematian petugas keADILan di Lunas masih tidak dibawa kemahkamah…??? Kes serangan petugas BN terhadap SD Johari di Sarawak masih tiada penyudahnya….!!!! Dan Serangan petugas UMNO@BN terhadap POLIS dan SD Johari di IK masih tergantung dan tiada penghujungnya….!!!! Maka apakah harapan kita bahawa di KETARI para samseng UMNO@BN mampu menyarung parang mereka…???. Kita perlu berpijak di ata bumi yang nyata …. Darah pasti mengalir di KETARI … selagi samseng UMNO@BN dilindungi oleh pihak POLIS dan Mahahaprak sampaipun kiamat mereka tetap dahagakan darah mengalir dibumi Malaysia ini.

Atas apa alasanpun kita tidak perlu percaya dan yakin dengan POLIS sebagai pelindung rakyat marhaen….kerana mereka kini adalah POLIS UPAHAN UMNO@BN …. Tak ubah seperti anjing suruhan UMNO@BN sehaja.

Usah bicara soal kemenangan PEMBANGKANG di KETARI ….. yang pastinya BN akan memastikan PEMBANGKANG TEWAS DI KETARI ….!!!! Mereka akan mengunakan segala jentera kerajaan dan parti politik mereka untuk berjaya di KETARI walaupun ada nyawa dikorban untuk memastikan BN terus berkuasa…. Yang paling pastinya isu ISLAM akan dimainkan oleh BN untuk menakut-nakutkan pengundi CINA di KETARI.

Bagi pembangkang usaha perlu dibuat untuk memastikan kemenangan di KETARI .. dengan perbezaan majoriti 289 pada 1999…. Peluang besar untuk pembangkan membuat kejutan adalah tidak mustahil di KETARI. Pemufakatan pembangkang perlu disini…. Lihat hasil di IK … walaupun DAP tiada bersama BA…DAP masih memainkan peranan penting di IK …. Dan jika DAP menjadi calon di KETARI … pihak BA wajip dan perlu membantu DAP untuk menumbangkan BN di KETARI … itulah hakikat yang perlu diterima oleh pembangkang di Malaysia ini….jika kita ego dengan dasar perjuangan parti masing-masing alamat BN akan makan besar di KETARI … dan pembangkang akan di aibkan serta di tendang sesuka hati oleh pemerintah zalim Mahafiraun.

Sikap ego dalam diri kita perlu dikikis….. tak semestinya telah berpuluh tahun PAS , DAP dan PRM menjadi pembangkang di Malaysia dan KeADILan baru setahun jagung bersama pembangkang kita akan bertelagah sesama sendiri untuk menunjukkan pengalaman serta kebijaksaan masing-masing …. Pada hakikat yang sebenarnya kita telah memperbodohkan diri sendiri serta menunjukkan kelemahan pembangkan kepada BN serta pengundi atas pagar yang akan terus menyokong calon BN….jangan kita mimpi lagi dengan cerita tahun 1999 … kerana ia perkara yang lepas dan kita kini berada pada tahun 2002 dan berbagai kemungkinan boleh berlaku kepada pengundi BA pada tahun 1999. Apapun yang akan berlaku di KETARI …. Kita perlu pastikan PEMBANGKANG bersikap bijak politik serta bijak helah untuk menghadapi kekotoran jentera BN di KETARI.

Kebijaksanaan pembangkang untuk menghadapi BN adalah dituntut serta perlu bertindak secara bersepadu di kalangan BA serta DAP untuk menjadikan BN sebagai peminta sedekah di KETARI….????? Tipu helah BN begitu mantap dalam soal menipu pengundi sejak dari dahulu lagi…. Terutamanya MEDIA KRONI yang memainkan peranan penting untuk mencengkam minda para pengundi. Serangan media adalah faktor utama kekuatan BN termasuk fitnah semasa berkempen……!!!! Oleh kerana itu pembangkang perlu memastikan segala serangan media kroni perlu dibalas serta diberikan hujah yang terbaik kepada pengundi di KETARI kenapa para pengundi supaya tidak terpedaya dengan tipu-muslihat media kroni yang mampu memerangkap para pengundi pada hari pembuangan undi.

Sikap sabar serta bertolak ansur seperti di IK telah membuktikan petugas BA mampu mempertaruhkan nyawa untuk memastikan demokrasi terus hidup di Malaysia…dan undi kaum cina telah meningkat 13% di IK kerana sikap sabar dan bertugas kerana patuh pada undang-undang Negara walaupun telah nyata serta sah mereka dibelasah serta dipenaya oleh petugas BN di IK. Ia adalah markah bonus yang tidak mampu untuk BN melakukanya kerana mereka mengunakan petugas upahan serta petugas mereka tidak pernah ikhlas melainkan jika ada imbuhan “wang ringgit” / “pangkat politik”.

Apapun alasan kita untuk menang di KETARI …. Kita tidak perlu lupa dan melakukan kesilapan yang sama seperti pilihanraya yang lepas.

1. Sila pastikan petugas pembangkang @ BA mantap serta faham ilmu pilihanraya.

2. Sila pasti para petugas BA benar-benar bersedia untuk betugas…bukan untuk makan angin atau saja nak lihat suasana pilihanraya serta gian nak dengar ceramah aje…????

3. Sila pastikan parti yang bertanding cukup jentera pilihanraya serta kewangan, jangan kita asyik mengharap derma penyokong untuk menjalankan jentera parti…kerana biasanya derma penyokong ini akan sampai disaat akhir dan ia sudah terlewat untuk memperbetulkan jentera parti. Jangan kita bertanding dengan keyakinan atas kertas aje …. Kerana atas kertas nampak cantik tapi ia hanya 20% sehaja yang mengambarkan keadaan yang sebenarnya. Biar kita berpijak di atas bumi yang nyata ….. sekadar semangat juang dan cerita manis orang ia akan memerangkap diri kita sendiri….!!!!

4. Kemudahan IT perlu digunakan semaksima yang boleh…..kerana IT cukup memberikan peranan dan impak sejak peristiwa 20hb.Sept.1998….. Internet adalah sumber maklumat terpantas BA… sila praktikkan WEB-TV…gunakan ia sabagai siaran media rasmi BA / DAP … sila pastikan setiap bilik gerakan dan pusat mengundi di KETARI mempunyai kemudahan internet serta WEB-TV…. Segala kenyataan rasmi calon serta pemimpin parti BA / DAP perlu disiarkan secara lansung di WEB-TV …. Pasukan media PAS PUSAT mempunyai kemudahan untuk WEB-TV ini. Ini adalah jalan terbaik untuk mengatasi serangan media kroni BN yang sering menipu pengundi. Laman WEB khas KETARI perlu diwujudkan serta laporan harian yang pantas serta tepat perlu…..lihat di IK … walaupun dalam serba kekurangan laman WEB IK mampu mencapai hits 500,000 dalam tempoh 6 hari … kerana ia terlewat dilancarkan kerana masalah tekninal… tapi di KETARI … hari ini juga kita perlu adakan laman web rasmi ini… dan pastikan semua pendokong BA memaksimakan pengunaanya.

5. Sila pastikan setiap petugas ada peralatan media … seperti perakam kaset, kamera video, kamera digital atau yang biasa untuk merakamkan segala keadaan di KETARI .. dan salurankan terus kepada laman web dan media cetak BA supaya bahan bukti serta berita terkini dapat segera disiarkan kepada pengundi di KETARI. Sila rakam segala kejahatan serta perbuatan kotor samseng UMNO@BN … kita lihat di IK … kerana kerajinan serta usaha beberapa orang rakan BA, telah berjaya merakamkan segala perbuatan samseng-samseng UMNO@BN di IK. Cuba kita bayangkan jika kita 100,000 orang petugas yang lengkap dengan Kamera dan sanggup menjadi pelapur kepada media BA …. Pasti BN tak mampu melindungi segala kejahatanya…. Biar kita sama-sama dedahkan kejahatan serta kerakusan jentera BN di KETARI. Kita perlu bertindak seperti SB (siput babi polis)…kita siasat segala pergerakan jentera BN di KETARI dan rakamkan segala-galanya… jangan kita beri peluang kepada mereka melakukan kejahatan didepan mata kita…… ramai-ramai kita menjadi SB BA di KETARI.

6. Gunakan kuasa yang diberikan oleh SPR kepada petugas … fahami undang-undang SPR…biar kita menjadi orang yang berilmu dalam soal pilihanraya…jangan kita takut ugutan petugas BN serta POLIS mengenai hak kita sebagai petugas BA….kita adalah rakyat Malaysia serta dilindungi oleh undang-undang SPR semasa pilihanraya. Pastikan diri kita benar-benar bersedia untuk bertugas, jangan kita ikut-ikutan sehaja…kerana ia akan memerangkap diri kita sendiri dengan permainan kotor pihak BN.

7. Para petugas serta pengerak parti perlu bersepadu dalam tugas .. kerana sikap mementingkan diri sendiri serta ego dengan pengalaman pilihanraya akan memerangkap kita. Sila letakkan petugas yang benar-benar faham dengan tanggung-jawapnya serta tugas yang akan dilaksanakan…. Jangan pakai tangkap muat sehaja…kerana ini akan membuka peluang musuh dalam selimut berada ditempat tersebut … lihat Mejar Shariff di IK … satu kesilapan yang besar .. dan bilik gerakan utama BA di IK tak ubah seperti tempat persingahan sehaja… kerana ia gagal memainkan peranan sebagai bilik gerakan utama sebagai pencatur utama bilik gerakan parti di setiap peti undi….dan segala maklumat tidak diselaraskan melalui bilik gerakan utama … dan ini akan mengundang permasalahan yang besar kepada petugas di lain-lain bilik gerakan…kerana arahan bertindih serta kelam-kabut.

8. Sikap double-Standard para pemimpin pembangkang terhadap petugas perlu dikikis…jangan kita memilih bulu atau rakan sehaja untuk melaksanakan tugas…sila beri kepercayaan kepada mereka yang benar-benar komited untuk melaksankan tugas…dan jangan kita terlalu cemburu kepada petugas kita yang dengan rela hati menjadi sukarela dalam pilihanraya…jangan anggap mereka seperti SB…kerana ini menyebabkan moral petugas jatuh serta rasa hormat mereka kepada pemimpin BA / DAP akan menurun. Sikap saling percaya mempercayai perlu … namun begitu jangan terlalu yakin dan percaya…kerana musuh dalam selimut ini bijak berpura-pura…. Sehingga hari ini lebi 30% musuh dalam selimut ini berada dalam BA…..????? satu pembersihan perlu dilakukan untuk memastikan BA berjaya dalam pilihanaraya umum ke 11 nanti….yang pastinya dari Sanggang sehingga Indera Kayangan …. Musuh dalam selimut ini pasti telah dikenal pasti oleh pihak BA.

Diharap peringatan diatas akan dapat membantu BA / DAP di KETARI ….. jangan kita biarkan sekali lagi UMNO@BN meratah kita kerana kesilapan yang serupa kita lakukan sejak Sanggang lagi….!!!!! Jangan kita menang sorak tapi kampong tergadai….kita perlu berpijak diatas bumi yang nyata ini…..jangan dibuai mimpi dengan semangat dan omong-omong kosong musuh dalam selimut kita.

Apapun yang bakal berlaku di KETARI …. Ia adalah satu pendidikan politik yang amat berguna kepada BA / DAP ….. apa yang perlu dilakukan jangan kita ulangi segala kesalahan bodoh kita sejak dahulu lagi…..!!!!! jika kita asyik mengamalkan sikap tradisional bodoh dalam urusan politik ….. kita kini berada di alaf baru … cara politik kita telah moden … kita perlu memajukan sistem politik BA…… jangan kita guna-pakai lagi cara lama yang telah sememangnya amat difahami oleh UMNO@BN segala tipu-muslihatnya …. Kita perlu mengamalkan sistem yang lebih up-to-date untuk memberikan kesukaran kepada pihak BN mengatasinya. “ POLITIK BARU DI ALAF BARU “ motto BA diperlu direalisasikan untuk memastikan pilihanraya umum ke 11 menjadi milik BA.

Semoga Allah swt akan memberkati usaha dan keikhlasan para petugas BA di KETARI….sila pastikan AGAMA masing-masing menjadi panduan para petugas di KETARI .. .jangan kita mengikut perasaan dan nafsu ketika bertugas … AGAMA adalah asas untuk mencapai kejayaan di KETARI. Jangan kita tinggalkan AGAMA kerana politik…. Ia akan menjurus kepada kemusnahan jika kita menolak AGAMA dalam apa jua urusan.

Selamat berjuang dan terus berjuang untuk memastikan nasib rakyat marhaen terbela di Malaysia … cukuplah penyeksaan dan tipu-bontan pihak BN selama ini …. Saat untuk membebaskan rakyat marhaen ini semakin hamper .. biar KETARI sebagai permulaan yang baik kepada BA. Insya Allah…selamat berjaya di KETARI.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net