Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Ketari: Pemuda keADILan Bersiap Sedia
 


PETALING Jaya: Sekretariat Pemuda di sini memberitahu pemuda-keadilan.org bahawa Pergerakan Pemuda keADILan di setiap peringkat di seluruh negara sudah dimaklumkan agar bersiap sedia, sekiranya Majlis Presiden BA membuat keputusan meletakkan calon keADILan dalam pilihanraya kecil Ketari.

Menurut jurucakap Sekretariat Pemuda di sini, walaupun keputusan akhir sama ada BA akan meletakkan calon terpulang kepada Majlis Presiden BA, Pemuda keADILan memang dalam proses memperkemaskan jentera pilihanrayanya.

Pemerhati politik membuat spekulasi bahawa pilihanraya umum ke 11 akan dipanggil pada hujung tahun ini, berikutan keyakinan pemimpin UMNO bahawa sokongan orang Melayu terhadap parti perkauman itu sudah meningkat semula.

"Kita memang melakukan persediaan secara berterusan. Jika kita bertanding, ini merupakan peluang yang baik untuk menguji keberkesanan jentera kita," jelas beliau lagi.

Badan Perhubungan keADILan Pahang akan bermesyuarat Ahad ini untuk mengkaji kedudukan strategik keADILan dan BA dalam pilihanraya kecil Ketari.
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net