Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Calon Ketari: KeADILan Serahkan Kepada Badan Perhubungan Negeri
 


PETALING JAYA, 4 Mac - Parti KeADILan menyerahkan kepada kepimpinannya di peringkat negeri Pahang untuk membuat keputusan samada untuk meletakkan calon atau tidak dalam pilihan raya kecil Ketari yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Timbalan Presidennya, Abdul Rahman Othman berkata demikian berikutan kematian Adun Ketari, Datuk Loke Koon Kam, dalam sidang akhbarnya di pejabat Agung Parti itu di sini hari ini.
Beliau menyatakan, parti menyerahkan kepada kebijaksanaan Badan Perhubungan KeADILan negeri Pahang yang diketuai oleh Jefri Rashid (Adun Chini) dalam mesyuarat mereka yang akan diadakan pada Sabtu, 9 Mac 2002 ini.,

"Apa-apa keputusan yang dicapai pada mesyuarat tersebut akan diserahkan kepada MT KeADILan Pusat dan kemudiannya akan diserahkan kepada Majlis Presiden Barisan Alternatif (BA), kita akan menerima apa sahaja keputusan bagi menjamin kehormanian BA dalam pilihanraya akan datang," tegas beliau kepada pemberita.

Sehubungan dengan itu, menurutnya, partinya telah bersedia dalam sebarang pilihan raya termasuk pilihan raya umum ke 11 yang akan datang.

"Justeru untuk memastikan proses perjalanan pilihan raya berjalan lancar, KeADILan telah dipelawa oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk berbincang dengan mereka.

"Satu rombongan parti yang diketuai oleh Presidennya iaitu Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail akan bertemu dengan Pengerusi SPR sendiri tidak lama lagi," tegas beliau.

Sementara Naib Presiden Parti merangkap Pengarah pilihan raya KeADILan, Azemin Ali menyatakan, bahawa rombongan tersebut antara lain akan mengemukakan memorandum bantahan serta bahan bukti penyelewengan Barisan Nasional dalam kempen pilihan raya di Indera Kayangan dan beberapa cadangan yang positif.

(HarakahDaily)
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net