Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Ketari: PAS Sedia Beri Laluan
 


Oleh Basiron Abdul Wahab(HarakahDaily)
(rron225@hotmail.com)

TEMERLOH- PAS Pahang sedia memberi laluan kepada DAP bertanding dalam pilihan raya kecil N29, Ketari, Bentong, kata Pengarah Pilihan raya PAS Pahang, Dr Abdul Wahab Ismail.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada keputusan Majlis Presiden BA yang akan bersidang apabila Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) memutuskan pilihan raya kecil diadakan di kawasan itu.
"Masyarakat Cina memerlukan seorang lagi wakil rakyat pembangkang berketurunan Cina di Pahang," kata beliau ketika ditemui selepas majlis dialog dengan ahli PAS Dun Semantan dekat sini, malam tadi.

Dun Pahang kini mempunyai seorang wakil rakyat pembangkang berketurunan Cina iaitu Leong Ngah Ngah yang mewakili kawasan Triang.

Menurut Abdul Wahab, selama ini Leong Ngah Ngah telah memainkan peranan berkesan sebagai Adun berketurunan Cina dan masyarakat Cina kini berpeluang untuk menambah seorang lagi wakil pembangkang berketurunan Cina apabila pilihan raya kecil kawasan itu diadakan tidak lama lagi berikutan kematian Adun Ketari, Dato' Loke Kon Kam semalam.

Dato' Loke Koon Kam 59, meninggal semalam di rumahnya di Taman Sungai Marong, Ketari kerana sesak nafas. Bagaimana spekulasi kesihatan Loke Kon Kam sudah lama di perkatakan kerana beliau didakwa tidak mampu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Dalam pilihan 1999 Loke Kon memenangi kerusi N 29, Ketari mengalahkan calon DAP Chong Siew Inn dengan majoriti 231 undi.

Dun Ketari (1999) mempunyai 16,663 pengundi berdaftar dengan pengundi Melayu (36.67%) Cina (58.86%) India (4.51%) dan lain-lain (1.97%).

Jika pilihan raya Kecil berlaku, Ketari akan menjadi tumpuan seluruh dunia sebagaimana pilihan raya kecil lain di negara ini. Ketari juga mempunyai keistemewaan tersendiri kerana di situlah terletaknya Genting Highlands, kawasan pelancongan dan perjudian terbesar di Asia Tenggara.

Selain itu, Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan juga berasal dari Bentong dan dia sudah tentu akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan Dun tersebut di tangan BN kerana padah akan menimpa sekira BN tewas di situ.

Sementara itu, pengerusi DAP Pahang ketika di temui minggu lepas berkata, partinya mesti bertanding dalam pilihan N29 itu tanpa mengira siapa lawan.

(HarakahDaily)
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net