Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Ketari Pentas Ujian Muafakat Pembangkang
 


Oleh: ROSLI ISMAIL

KUALA LUMPUR,Ahad 3 Mac-Melihat pada keputusan pilihanraya umum 1999 ,pasti ramai yang kuat merasakan pilihanraya kecil kawasan dewan undangan negeri Ketari di Bentong, Pahang yang bakal diadakan berikutan kematian Datuk Loke Koon Kam petang Ahad lebih menarik dan mendebarkan jika dibandingkan dengan Indera Kayangan di Perlis.
Perhatian yang agak istimewa berkait rapat dengan majoriti tipis iaitu 231 sahaja yang diraih oleh mendiang Loke dari parti Gerakan mengatasi calon Dap dalam pilihanraya umum itu.

Dalam pada itu ramalan demi ramalan dibuat sebelum ini mengenai kemungkinan pilihanraya kecil diadakan bila-bila masa bukanlah sesuatu yang tidak berasas tetapi berdasarkan keadaan mendiang Loke yang diketahui umum tidak dapat bercakap akibat mengidap penyakit kanser rahang sejak dua tahun lalu.

Sehingga berita kematian ini mula tersebar sekitar jam 8 malam ini isu pilihanraya kecil Ketari sudah menjadi agak sejuk berikutan berbagai penafian yang dibuat oleh kalangan pemimpin Barisan Nasional termasuk Menteri Besar Pahang,Datuk Seri Adnan Yaakob dan Presiden Gerakan Datuk Seri Lim Keng Yaik bahawa Loke akan meletakkan jawatan seperti yang digembar- gemburkan parti pembangkang.

Para pemerhati politik menilai apa yang menarik untuk dilihat sekarang ialah percaturan di kalangan parti pembangkang mengenai siapa yang akan turun padang menentang Barisan Nasional kali ini.

Dalam pilihanraya umum 1999 ,Barisan Alternatif diwakili oleh Chong Siew On dari Dap.Chong mendapat 5,643 undi manakala Loke 5,874.

Pada pilihanraya itu jumlah pengundi di kawasan yang turut meliputi kawasan peranginan terkenal Genting Highland,Bukit Tinggi dan Janda baik ialah seramai 16,663 orang.

Majoriti pengundi adalah keturunan Cina 56.8 peratus.Pengundi Melayu pula 36.67 peratus.

Sewaktu pilihanraya umum 1995,Barisan Nasional juga diwakili oleh Loke mendapat majoriti 2,900 mengalahkan calon Dap.

Yang menjadi tandatanya apakah Dap mampu membawa dirinya sendiri melalui ujian besar ini tanpa kerjasama parti Pas setelah keduanya “bercerai” kerana pertembungan mengenai isu penubuhan negara Islam.

Kalangan tokoh Pas Pahang dikatakan ingin sangat melihat keupayaan Dap itu.

Malah Pas negeri itu baru-baru ini dilaporkan oleh laman web Harakahdaily.com sedang membuat kajian sama ada hendak turut serta meletakkan calon jika berlaku pilihanraya kecil.

Setiausaha Pas Pahang Dr Abdul Wahab Ismail dipetik sebagai mengarahkan Pas kawasan Bentong membuat kajian berkenaan untuk dibincangkan oleh Majlis Tindakan Pilihanraya Pas Negeri.

Laporan laman web itu mengakui adalah mustahil bagi Pas memenangi pilihanraya kecil Ketari tetapi kemungkinan penyertaan itu sebagai menguji keberkesanan jentera pilihanrayanya dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Tidak kurang menarik kalangan pemimpin Parti Keadilan Nasional bahagian Bentong juga telah menyuarakan minat hendak mencuba nasib dalam pilihanraya kecil berkenaan.

Di pihak Dap pula dari kenyataan yang dibuat baru-baru ini oleh pengerusi parti itu bagi negeri Pahang,Lee Tuck Chee jelas sekali calon kawasan itu adalah menjadi hak Dap.

Katanya selepas satu majlis di Raub , “kita tetap lawan tidak kira siapa calon Barisan Nasional”.

Sekalipun Barisan Nasional dijangka meletakan calon dari Gerakan ,Lee melihat perpecahan dalam MCA sekarang memberi “advantage” kepadanya.Pengerusi MCA Pahang adalah Lim Ah Lek.

Sewaktu pilihanraya kecil Indera Kayangan puak Lim dan Presiden MCA Datuk Ling Liong Sik telah mengadakan “gencatan senjata” dan berpadu tenaga untuk memastikan kemenangan calon MCA yang bertanding.

Apakah persefahaman sama akan dicapai untuk seorang calon Gerakan ? Ini yang menjadi tandatanya sesetengah pihak.

Bagi Adnan yang juga Ketua Umno Bahagian Bentong dan wakil rakyat kawasan Pelangai ,pilihanraya kecil ini merupakan ujian besar kedua yang perlu dipikulnya sejak menjadi Menteri Besar setelah berjaya mengibarkan bendera Barisan Nasional di Sanggang tidak lama dulu.

(AgendaDaily)
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net