Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
ADUN Ketari,Datuk Loke Yang Mengidap Kanser Meninggal Dunia
 


KUANTAN,Ahad 3 Mac- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Ketari, Pahang, Datuk Loke Koon Kam meninggal dunia pada kira-kira 3.30 petang ini di rumahnya di No 299, Taman Marong, Bentong.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Hasanudin Hasan ketika dihubungi Bernama mengesahkan kematian ADUN itu.

Hasanudin berkata mendiang, 58, dikatakan memberitahu isterinya Datin Chan Peck Loo untuk berehat di biliknya selepas makan tengah hari.

Seketika kemudian, isterinya yang masuk ke bilik mendapati Loke mengalami sesak nafas dan segera menghubungi doktor.Hasanudin berkata mendiang disahkan meninggal dunia pada kira-kira 3.30 petang.

Turut bersama ketika mendiang menghembuskan nafasnya yang terakhir ialah isteri dan dua anak lelakinya.

Mendiang sebelum ini mengidap penyakit barah sejak setahun lepas dan tidak dapat menghadirkan diri ke persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di atas masalah kesihatan itu.

Loke menjadi anggota Dewan Undangan Negeri sejak 1985.Pada 1985 sebagai ADUN Karak, 1990 (Karak), 1995 (Ketari) dan 1999 (Ketari).

Pada 1999, mendiang menewaskan calon DAP Choong Siew Onn dengan majoriti sebanyak 231 undi.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net