Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 PEMUDA      keADILan    SELANGOR

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Kenyataan Media: Kenaikan Kadar Tol Lebuhraya PLUS
Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)

 

Kenyataan Media:
Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional

Sdr. Sahri Bahari

Rakyat negara ini dikejutkan sekali lagi dengan pengumuman yang melibatkan kenaikan mendadak perbelanjaan harian mereka oleh pihak kerajaan. Dalam belanjawan yang dibentangkan pada 19 Oktober lalu, rakyat terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga petrol. Kini rakyat terutamanya pengguna jalan raya harus pula menanggung satu lagi kos iaitu kenaikan kadar tol Lebuhraya PLUS sebanyak 10%.

Setiap kali kenaikan kadar tol diumumkan oleh kerajaan, alasan yang diberikan tetap sama, iaitu kadar tol yang sedia ada sudah lama tidak dikaji dan kadar tol yang dinaikkan masih rendah berbanding dengan negara-negara lain. Malah kerajaan digambarkan terpaksa membayar gantirugi kos kepada PLUS jika kenaikan ini tidak dibuat.

Persoalannya, Menteri Kerjaraya, Dato’ Seri S. Samy Vellu pernah memberi jaminan bahawa kadar tol Lebuhraya PLUS tidak akan dinaikkan sehingga tahun 2004. Jaminan ini sedikit sebanyak melegakan rakyat sebelum ini. Namun dengan pengumuman baru ini, rakyat tidak  dapat lagi memegang sebarang janji yang diberikan oleh kerajaan.

Namun dalam masa yang sama, KeADILan ingin mengingatkan Menteri Kerjaraya agar tidak cuba mencari keuntungan politik daripada pengumuman yang dibuat. Berdasarkan pengalaman, setelah pengumuman dibuat, rakyat akan membantah dan kerajaan pula menarik balik kenaikan dan mendabik dada kononnya bersimpati dengan keluhan rakyat.

Menangani isu kenaikan tol ini bukan isu politik, sebaliknya persoalan ini harus diselesaikan oleh kerajaan melalui kaedah yang munasabah dan bersifat jangka panjang. Penggunaan wang negara untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang nazak terutamanya disebabkan kelemahan pengurusan, seharusnya dihentikan dan wang tersebut jauh lebih baik digunakan untuk kepentingan rakyat.

Kenaikan kadar tol ini benar-benar membebankan rakyat terutamanya pengguna jalan raya. Kita khuatir dengan kenaikan kadar tol ini akan memberikan sebab untuk kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Kenaikan harga petrol ditambah dengan kenaikan kadar tol akan memberikan alasan yang ditunggu-tunggu untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan. Jika ini berlaku kerajaanlah yang bertanggungjawab menyumbang kepada kenaikan mendadak kadar inflasi dan beban perbelanjaan rakyat.

Malah, kenaikan gaji kakitangan kerajaan yang diumumkan baru-baru ini tidak membawa sebarang makna kerana kenaikan itu pada akhirnya terpaksa digunakan semula untuk menampung kenaikan demi kenaikan harga yang diumumkan oleh kerajaan.

KeADILan berpendapat, kerajaan harus menghentikan kenaikan kadar tol ini. Malah satu kaedah yang lebih munasabah dan berbentuk jangka panjang perlu diambil untuk mengelakkan kenaikan ini terus membebani rakyat pada masa depan.

Terima kasih

 

Sahri Bahari
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Nasional
7 Disember 2001


 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]