Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Isu Hak Milik Tanah Peneroka Felda Mempaga: Bukti Barisan Nasional Main Isu Rakyat Di musim Pilihanraya
 
KENYATAAN MEDIA
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Nasional



Isu hak milik tanah peneroka Felda Mempaga: Bukti Barisan Nasional main isu rakyat di musim pilihanraya

Parti Keadilan Nasional (keADILan) menyifatkan kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub yang melabelkan keADILan sebagai pengecut kerana tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Ketari sebagai kenyataan orang yang terdesak. Kenyataan beliau itu mencerminkan sikap kurang matang dan gelabah.

keADILan ingin menegaskan, pendirian untuk tidak bertanding bukan bermakna keADILan berpaling daripada tanggungjawab untuk membela nasib rakyat. Sebaliknya, melalui kerjasama parti-parti pembangkang pembelaan nasib rakyat akan terus diperjuangkan.

Adalah malang bagi rakyat Pahang memiliki seorang Menteri Besar yang melihat pembelaan nasib rakyat hanya dibuat menjelang pilihanraya. keADILan membangkitkan soal pemilikan tanah di FELDA Mempaga kerana ia merupakan isu yang perlu diberi pembelaan. Kita membangkitkan isu berkenaan sejak pilihanraya umum yang lalu. Namun sehingga kini setelah hampir tiga tahun, kerajaan Negeri Pahang seolah-olah memejamkan mata mereka.

Apakah dengan hanya menyertai pilihanraya baru kita dapat membela isu ini. Jika inilah pendirian Menteri Besar Pahang, jelaslah, Barisan Nasional (BN) masih lagi mengamalkan budaya politik lama. Isu pembelaan bagi BN hanya akan didendangkan semasa kempen pilihanraya. Selepas pilihanraya, BN akan melupakan isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat.

Dengan itu, pendirian keADILan tidak bertanding tidak ada kena mengena dengan soal berpaling daripada tanggungjawab. KeADILan bukan parti yang hidup dengan isu semasa kempen pilihanraya. Sebaliknya kita tanpa mengira masa dan suasana akan terus membangkitkan permasalahan rakyat dan tetap akan memperjuangkan nasib mereka.

Seperkara lagi, kita juga hairan kenapa Adnan begitu gelabah apabila keADILan tidak bertanding. Jika kita bertanding, Adnan sudah pasti memainkan isu pembangkang tidak sekata, DAP dan keADILan bergaduh dan macam-macam kenyataan politik yang tidak masuk akal akan dibuat oleh Adnan.

Inilah cara berfikir pemimpin BN. Mereka hanya pandai mengeluarkan kenyataan politik hanya untuk menutup kelemahan mereka yang tidak peka kepada permasalahan rakyat.

Nasihat saya kepada Adnan, jangan politikkan isu pemilikan tanah di kalangan peneroka FELDA Mempaga. Jika semua persiapan telah siap, berikan geran tanah kepada mereka dengan segera. Jangan kata geran sudah siap tetapi perlu menunggu masa yang sesuai untuk diserahkan.

keADILan akan terus memperjuangkan isu pemilikan tanah peneroka ini. Keputusan keADILan tidak menyertai pilihanraya kecil DUN Ketari membuktikan, perjuangan keADILan tidak hanya bertumpu pada masa musim pilihanraya.

Jangan permainkan nasib peneroka. Malah, jangan jadikan pembangkang sebagai alasan di atas kelemahan dan kegagalan pentadbiran kerajaan negeri.




IR.HJ. SAHRI BAHARI
Setiausaha Agung
12 Mac 2002
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net