Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Dividen Terburuk KWSP - Perlu Ada Pertanggungjawaban
 
KENYATAAN MEDIA
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Nasional






Teka-teki sudah terjawab apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisyhtiharkan dividen sebanyak lima peratus bagi tahun 2001 – yang terburuk pernah diumumkan dalam sejarah KWSP. Kali terakhir dividen serendah ini diisytiharkan ialah pada tahun 1963, iaitu 38 tahun yang lalu !


Pengumuman tersebut tentulah mengecewakan lebih daripada 10 juta pencarum yang mengharapkan pulangan yang lebih tinggi terhadap wang simpanan untuk hari muka mereka. Adalah tidak munasabah pulangan dividen KWSP seburuk ini disandarkan kepada kelembapan ekonomi. Pada hal dalam masa yang sama Menteri Kewangan, Dr Mahathir Mohamad, dengan yakin mencanangkan bahawa prestasi ekonomi negara telahpun pulih.


Malah, semasa kemelesetan ekonomi pada tahun 1987 hingga 1990, KWSP ketika itu masih mampu memberikan pulangan dividen di antara 8.0% hingga 8.5%. Begitu juga apabila negara dilanda krisis ekonomi pada tahun 1997 – 1998, pulangan dividen mencecah 6.7%. Akibat pengisytiharan dividen yang seburuk ini, timbul tanda tanya di kalangan para pencarum terhadap keupayaan tadbir urus, khususnya yang melibatkan strategi dan portfolio pelaburan KWSP.


Bezanya senario dahulu berbanding dengan sekarang ialah KWSP kini dijadikan sebagai kuda tunggangan bagi menyelamat entiti korporat yang bermasalah dan hampir nazak. Penyalahgunaan dana awam ini adalah sebahagian daripada rancangan Menteri Kewangan menyelamat entiti yang rapat dengan lingkaran politik parti pemerintah.


Umum mengetahui, pada suku pertama tahun 2001, KWSP beserta Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dan Danaharta telah terlibat dalam pelaburan Time dotCom semasa tawaran penyenaraian awam syarikat tersebut. KWSP melanggan 81.6 juta saham Time dotCom yang melibatkan dana pelaburan sebanyak RM269.28 juta pada harga RM3.30 sesaham.


Harga saham tersebut semasa penyenaraian hanyalah di sekitar RM2.20. Harga penutup saham Time dotCom pada hari dividen KWSP diumumkan (11 Mac 2002) ialah sekadar RM2.35 – hampir RM1.00 kerugian sesaham berbanding dengan harga belian.


Kerugian yang dialami oleh KWSP dalam Time dotCom sahaja, sudah mencecah hampir RM80 juta. Apakah rasional dan kewajaran untuk KWSP melanggani saham tersebut pada hal syarikat tersebut terjejas teruk akibat langgangan di bawah paras tawaran ? Ini menimbulkan persoalan ketelusan dan pertanggungjawaban terhadap KWSP dalam hal ini.


keADILan menuntut agar dana KWSP perlu diurus dengan lebih telus, professional dan bertanggung jawab. keADILan ingin memperingatkan pihak pemerintah supaya jangan mensia-siakan wang pencarum hasil penat jerih keringat mereka untuk sewenang-wenangnya mengisi agenda politik yang menguntungkan segelintir entiti korporat yang rapat dengan mereka. Jangan khianati amanah rakyat dan gelapkan harapan besar pencarum untuk menongkah masa depan mereka.


Pengurusan KWSP perlu bertanggungjawab terhadap prestasi buruk ini dan kita menuntut agar lembaga pengurusan KWSP dirombak, dasar dan strategi pelaburan dikaji semula dan dana KWSP perlu diurus oleh pengurus pelaburan yang lebih profesional.

Malah keADILan menggesa agar Parlimen yang sedang bersidang membuat usul tergempar bagi membahaskan isu ini yang secara langsung menyentuh kepentingan dan masa depan rakyat.



IR HJ SAHRI BAHARI
Setiausaha Agung
12 Mac 2002
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net