Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

Pemuda Pejuang Reformasi                    http://pemuda-keadilan-selangor.net
Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Telekom Raih Keuntungan Besar: Batalkan Kenaikan Tarif
 
KENYATAAN MEDIA
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Nasional





Pengumuman Telekom Malaysia Bhd meraih laba keuntungan sebelum cukai sebanyak RM2.44 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2001 adalah satu berita yang menyegarkan di tengahtengah arah hala ekonomi yang lembab dan tidak menentu. Dilaporkan bahawa keuntungan bersih melonjak kepada RM1.81 bilion berbanding RM705.2 juta pada tahun lalu - meningkat sebanyak 157%.

Dengan pengumuman tersebut, tentulah tersentuh beberapa persoalan besar dalam pemikiran rakyat dalam negara ini. Apakah kewajaran menaikan tarif telefon dan sewa bulanan yang akan berkuatkuasa pada 1 Mac ini ? Apakah tidak cukup dengan laba keuntungan yang begitu besar mencecah RM2.44 bilion ? Perlukah rakyat dibebankan lagi?

Sementara kita mengalualukan penurunan kadar untuk panggilan antarabangsa, perlu diingatkan bahawa jenis panggilan ini lazimnya digunakan oleh peniaga-peniaga besar dan golongan yang berkemampuan. Di samping itu, saingan pasaran terutamanya daripada perkhidmatan Voice Over Internet Protokol (VOIP) yang lebih murah dan berdaya saing tidak memberikan banyak pilihan kepada Telekom selain daripada mengkaji semula tarif tersebut untuk terus berdaya maju.

Sebagai syarikat telekomunikasi yang terbesar dalam negara, dengan pelanggan talian tetap mencecah 4.659 juta, Telekom tidak harus menyalahgunakan kuasa monopoli untuk menaikkan tarif sewa dan panggilan tempatan sewenangwenangnya. Tentu sekali ini amat membebankan rakyat terbanyak. Kenaikan tarif ini bukan hanya membantutkan peningkatan kualiti hidup rakyat, malah memberikan implikasi tekanan langsung terhadap pembelanjaan sara hidup dan kos perniagaan, justeru tekanan inflasi.

Apakah misi korporat Telekom hanya untuk meraih laba keuntungan sematamata ? Rakyat menaruh harapan agar syarikat telekomunikasi terbesar ini menjadi teladan sebagai warga korporat yang peka terhadap tanggung jawab sosial. Ia sebagai rakan yang prihatin ke arah meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Perolehan laba keuntungan yang besar haruslah dikembalikan kepada rakyat melalui kadar tarif yang munasabah dan tidak membebankan dan perkhidmatan yang lebih efisien dan sempurna.

Umum mengetahui, sekiranya syarikat sebegini menghadapi kemelut kewangan, bermasaalah besar dan dalam keadaan nazak, tentu sekali kerajaan akan tampil menyuntik modal atau melaksanakan pengambilalihan. Langkah menyelamat atau bailout atas alasan melindungi industri strategik, sepertimana yang berlaku terhadap syarikat Perwaja, MAS, IWK, UEM/Renong serta beberapa entiti yang lain, pada hakikatnya langkah menyelamatkan kroni dengan menggunakan dana awam – wang rakyat. Sekali lagi rakyat juga yang menanggung beban.

Di samping itu, kita ingin mengingatkan pihak kerajaan supaya jangan memperdaya rakyat dengan menunggangi Syarikat Telekom Malaysia Bhd bagi menyelamatkan sekali lagi Tan Sri Tajudin Ramli melalui pembelian 24% miliknya dalam Technology Resources Industries Bhd (TRI). Laba keuntungan jangan disalahgunakan untuk menyelamat segelintir tokoh korporat yang rapat dengan pemerintah, walhal rakyat terbanyak menanggung beban.

Parti Keadilan Nasional dengan tegas membantah kenaikan tarif oleh Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB) yang telahpun dipersetujui dan diumumkan oleh kerajaan barubaru ini. KeADILan berpendapat kenaikan sewa dan tarif panggilan tempatan ini tiada kewajaran, malah membebankan rakyat terbanyak. Sebaliknya ia perlu diturunkan pada kadar yang lebih munasabah dan tidak membebankan, terutamanya dalam keadaan Telekom meraih laba keuntungan yang besar. KeADILan menuntut agar pihak kerajaan menarik balik keputusan dan membatalkan hasrat tersebut.



IR HJ SAHRI BAHARI

Setiausaha Agung

27 Februari 2002
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]