Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

Pemuda Pejuang Reformasi                    http://pemuda-keadilan-selangor.net
Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Kenyataan Media DSWA - Pendatang Tanpa Izin
 


Kenyataan Media
13 Februari 2002

PENDATANG TANPA IZIN

Kami amat prihatin dengan masalah pendatang tanpa izin. Sewajarnyalah kerajaan mengambil tindakan tegas menghindar masalah ini dari merebak menjadi kian kusut.

Kendati begitu, kami rasa musykil dengan hebahan yang negatif menyinggung perasaan negara-negara jiran. Pekerja-pekerja asing, sama ada dari Indonesia, Filipina, Bangladesh dan lain-lain mulanya diundang untuk membantu pembangunan ekonomi yang berkembang pesat. Malahan, pengukuhan universiti tempatan dalam Bahasa Melayu banyak dibimbing oleh pensyarah dan tenaga profesional Indonesia. Begitu pula dengan sumbangan mereka dalam bidang pembinaan dan estet.

Justeru itu, adalah dikesalkan manakala imej negatif atau rusuhan sahaja yang digembar-gemburkan. Ini disusuli dengan tindakan keras menangkap, mendera dan kini merobohkan kawasan perumahan tanpa pertimbangan kemanusiaan.

Kami sekali-kali tidak membayangkan untuk merestui segala tindakan yang menyalahi undang-undang. Tetapi, kami menuntut penyiasatan rapi dan adil serta memantapkan kaedah perundingan dengan negara-negara berkaitan. Apakah tidak mungkin sebahagian besar pekerja ditaja oleh agen-agen pekerja asing yang menggondol keuntungan besar manakala pekerja dibiar tertipu dan terlontar? Apakah tidak benar lesen-lesen agen pekerja asing diagihkan kepada mereka yang rapat dengan pimpinan Barisan Nasional?

Malah, dalam beberapa kes rusuhan pekerja, atau pendatang tanpa izin berpunca dari layanan buruk atau salah faham yang boleh dielakkan. Umpamanya, kes rusuhan kem Semenyih di kalangan tahanan Acheh dikatakan berpunca dari kebimbangan mereka mengenai keracunan makanan dan kes yang melibatkan pekerja-pekerja Indonesia baru-baru ini dikatakan berpunca dari kekasaran pegawai penguatkuasa.

Kami menggesa supaya siasatan teliti tetap diadakan. Kami juga mendukung tindakan tegas yang tidak mengenepikan prinsip kemanusiaan. Di samping itu, diperlukan formula baru pengambilan pekerja asing yang telus dengan mengenepikan agen yang mengaut keuntungan yang berlebihan!




DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden Parti Keadilan Nasional
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]