Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

Pemuda Pejuang Reformasi                    http://pemuda-keadilan-selangor.net
Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Perutusan Tahun Baru Cina
 

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA:
TINGKATKAN PERMUAFAKATAN KE ARAH MALAYSIA YANG LEBIH ADIL DAN HARMONIS



Terlebih dahulu Parti Keadilan Nasional (keADILan) ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh kaum Tionghua di negara ini.


Sebagai sebuah parti berbilang kaum, perayaan ini amat dirasai sekali oleh keADILan. Budaya saling faham memahami serta toleransi sesama kaum sudah dimartabatkan dalam keADILan sejak penubuhannya lagi. Interaksi kaum Tionghua dengan kaum-kaum lain dalam parti keADILan bukan hanya dirasai oleh pimpinan tertinggi sahaja tetapi di peringkat akar umbi, keADILan sentiasa berganding bahu dalam menjalankan aktiviti-aktiviti parti dan kemasyarakatan tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang..


Perayaan Tahun Baru ini sebenarnya menjadi satu lagi peluang kepada semua kaum untuk meningkatkan rasa persefahaman sesama mereka. keADILan cukup yakin semangat perpaduan dan kerjasama antara kaum akan dapat dipertingkatkan lagi melalui perayaan istimewa ini.


Bagi keADILan, budaya hormat menghormati telah berakar umbi sejak parti ini ditubuhkan. Adalah menjadi harapan keADILan untuk melihat hak sesama rakyat dihormati dan keADILan sedang berusaha gigih bagi mencapai matlamat berkenaan melalui perjuangannya.


Persefahaman antara kaum yang dipupuk oleh keADILan ini sebenarnya turut menjadi penyumbang kepada kestabilan dan kedamaian di negara ini. Walaupun keADILan baru bertapak dalam politik tanahair sejak 3 tahun lalu, peranannya mempelopori permuafakatan rakyat daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama, begitu bermakna dan dirasakan.


Adalah menjadi harapan, sambutan Tahun Baru Cina kali ini akan memberikan kekuatan dan semangat baru kepada rakyat Malaysia untuk bekerja lebih gigih ke arah pembentukan Malaysia yang lebih adil dan harmonis.


Perayaan ini juga diharapkan akan menjadi titik mula kepada rakyat negara ini untuk menolak sebarang bentuk dakyah dan propaganda politik perkauman.


keADILan akan tetap menjunjung tinggi hak-hak setiap kaum dan memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi untuk membina Malaysia yang bersatu padu dan bertoleransi ke arah Malaysia yang lebih adil dan harmonis.


Selamat menyambut Tahun Baru Cina – Gong Xi Fa Cai



SAHRI BAHARI
11 Februari 2002



 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]