PARTI KEADILAN NASIONAL
Pemuda keADILan Selangor

 
Ketua Pemuda keADILan:Menghormati Keputusan Saudara Hamdan Taha

Kenyataan Akhbar Ezam

Saya menghormati keputusan sahabat saya, saudara Hamdan Taha. Tentunya Pemuda merasa kehilangan seorang pemimpin yang lantang dan berwibawa. Jasa beliau kepada Pemuda akan sentiasa dikenang. Perletakan jawatan Hamdan dan kenyataan beliau membawa pelbagai tafsiran.

Saya yakin pimpinan parti akan menelitinya dengan sikap terbuka dan mengambil langkah positif. UMNO seperti biasa cuba mengambil kesempatan. Kenyataan lahir daripada Presiden UMNO sendiri memperlihat betapa terdesaknya UMNO. Utusan digunakan untuk mengadu domba. Menyeret ABIM dalam kancah politik Parti Keadilan jelas memperlihat niat jahat Utusan.

Saya yakin Hamdan akan terus bersama Keadilan. Beliau tidak akan berhenti berjuang. Hamdan hanya berehat seketika. Sampai masanya saya pasti beliau akan bersama meneruskan perjuangan. Pemuda Keadilan telah bersumpah keramat dan kami akan terus berjuang sehingga tamat.

Mohamad Ezam Mohd Nor
Kamunting
20 Okt 2001



[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]