Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 PEMUDA      keADILan    SELANGOR

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Kenyataan Media Pemuda Shah Alam: Perlantikan Gani Belakangkan Perlembagaan
Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)




Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dengan dukacitanya pihak Biro Penerangan Pemuda keADILan Bahagian Shah Alam menyembahkan sembah takziah ke bawah SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah dan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah serta seluruh anggota kerabat diraja Selangor khususnya YM Raja Kamaruddin Rja Abd. Wahid, Timbalan Ketua keADILan Bahagian Shah Alam dan YM Raja Petra Raja Kamaruddin di atas kemangkatan Almarhum SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Semoga Allah mencuccuri rahmat-Nya ke atas roh Almarhum Seri Paduka Baginda.

3. Walaupun belum sempat jasad Almarhum Baginda dimakamkan, terdapat pihak-pihak yang berkepentingan sudahpun mengumumkan akan siapa yang mesti menjadi Yang di-Pertuan Agong yang baru. bahkan Rais Yatim, yang menulis buku mengecam ISA tetapi menukar pendiriannya setelah menerima jawatan dari Mahathir, membayangkan Yang di-Pertuan Agong yang baru mungkin bukannya
Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu.

4. Seksyen-seksyen 2, 4(3) & 4(4) Jadual Ketiga Perlembagaan jelas menunjukkan bahawa Majlis Raja-Raja perlu menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada negeri yang teratas kedudukannya dalam Senarai Lantikan yang kini didahului negeri Perlis. Maka Raja Perlis secara teknikalnya adalah
bakal Yang di-Pertuan Agong walaupun Sultan Mizan adalah Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Bagaimanapun perlantikan ini bergantung kepada penerimaan jawatan oleh Raja Perlis; jika menolak maka Sultan Mizan akan diberikan tawaran menjadi Agong pula. Walaupun pihak-pihak berkepentingan cuba menggambarkan seolah-olah Majlis Raja-Raja perlu melantik Raja Perlis, namun Seksyen 1(2) Jadual tersebut memberi kuasa kepada Majlis Raja-Raja menolak mana-mana raja dari menjadi Agong atas apa jua alasan dengan 5 undi menyokong penolakan itu. Oleh itu walaupun negeri Perlis berada di kedudukan teratas Senarai Lantikan, sultan negeri lain masih boleh dilantik menjadi Agong jika Raja Perlis menolak untuk dilantik atau ditolak oleh 5 undi ahli Majlis Raja-Raja yang dijalankan secara rahsia.

5. Hujah mengenai kekananan kedudukan Sultan yang belum dilantik menjadi Agong boleh diperdebatkan. Jika melihatkan kedahuluan (precedence) maka Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang menjalankan tugas Agong mendahului lain-lain Sultan berdasarkan Artikel 33. Tetapi jika dilihat dari segi tarikh lantikkan, maka Sultan Kelantan yang paling kanan, diikuti Terengganu, Perlis dan Selangor (bagi raja-raja yang belum menjadi Agong). jika dilihat dari segi Senarai Lantikan maka Raja Perlis yang mendahului
raja-raja lain yang belum menjadi Agong.

6. Isu perlantikan Agong baru ditimbulkan oleh pihak-pihak berkepentingan kerana bimbang sekiranya Majlis Raja-Raja melantik Agong yang bebas dari kawalan Eksekutif. Walaupun Klausa (1A) Artikel 40 Perlembagaan menyatakan Agong PERLU bertindak mengikut nasihat (kecuali bidangkuasa yang di dalam kuasa budibicara Agong) namun Agong tidak semestinya menerima nasihat itu serta-merta atau dengan segera. Kecuali bagi Perkenan DiRaja bagi Rang Undang-Undang yang mana Agong perlu bertindak dalam masa 30 hari; jika tidak ianya menjadi Undang-Undang seolah-olah telah diperkenankan [Klausa (4) & (4A) Artikel 66] perkara-perkara lain tidak perlu dijalankan dengan segera oleh Agong walaupun telah menerima nasihat dari Perdana Menteri. Mana-mana Agong yang menyedari perkara ini, adalah amat merbahaya bagi eksekutif yang mempunyai perancangan tidak baik.

7. Ditakdirkan Agong yang baru, menyedari akan perkara ini, misal kata, maka Baginda boleh untuk menangguhkan perkenan Baginda atas perlantikkan Peguam Negara yang baru atau perlantikkan Ketua Hakim Negara yang baru selepas Tan Sri Dzaiddin bersara pertengahan 2002 ini. bahkan untuk mana-mana jawatan yang perlu perkenan Agong termasuk jawatan kabinet, selagi tiada perkenan Agong ianya belum boleh dianggap sah. Inilah yang menyebabkan pihak berkepentingan mengkhendaki Agong yang pada pandangan mereka mudah dikawal mereka.

8. Memandangkan hal perlantikkan Yang di-Pertuan Agong adalah dalam bidangkuasa mutlak Majlis Raja-Raja adalah tidak wajar untuk mana-mana pihak mengesyorkan calon-calon bagi jawatan itu. Bahkan adalah tidak wajar untuk menggambarkan raja ini pro-BA dan raja ini pro-BN. Ini akan menyukarkan Majlis Raja-Raja mrmbuat pilihan kerana jika melantik raja yang didakwa pro-BN maka seolah-olah Majlis Raja-Raja dikawal BN walhal perlantikkan Tan Sri Dzaiddin dan kebenaran kepada pertubuhan menggunakan perkataan Islam dalm nama mereka menunjukkan betapa bebasnya Majlis Raja-Raja dari kawalan
BN. Jika melantik raja yang didakwa pro-BA pula maka akan dituduh raja-raja melibatkan diri dalam politik pula. Maka sebaiknya semua pihak tidak meletakkan Majlis Raja-Raja dalam keadaan serba salah. Sebagai rakyat yang menjunjung Perlembagaan dan institusi Raja maka janganlah penyokong BA membuat andaian dan spekulasi siapa dan kenapa ke atas mana-mana raja sekalipun. Serahkan sahaja urusan perlantikan Agong kepadaa kebijaksanaan Majlis Raja-Raja. Kita tidak perlu mencontohi pihak-pihak berkepentingan yang seolah-olah lebih Agung dari Yang di-Pertuan Agong.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,

DZIFHARI F. IMAN
Setiausaha Penerangan Khas
Biro Penerangan Pemuda
keADILan Bahagian Shah Alam

6 Disember 2001.

 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]