Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Mahathir Berbohong Kepada Rakyat
 
KENYATAAN MEDIA PEMUDA keADILan

30 Mac 2002

MAHATHIR BERBOHONG KEPADA RAKYAT

Pemuda Keadilan memandang serius dan kesal di atas pembohongan yang dilakukan oleh Dr Mahathir Mohamad di hadapan pelajar-pelajar pada 26 Februari 2002 di London dan juga rakyat Malaysia berhubung isu-isu penyelewengan Perwaja yang melibatkan RM 10 billion wang rakyat.


Penyelewengan yang telah berlaku hampir 15 tahun ini masih belum dapat diselesaikan dengan alasan bahawa pihak Swiss Bank enggan memberi keterangan mengenai du akaun simpanan dan penyimpan di mahkamah Malaysia. Kenyataan Mahathir ini telah disanggah oleh pihak Jabatan Keadilan Persekutuan Swiss, Encik Folco Galli dalam akhbar berbahasa German pada 1 Mac yang menyatakan dokumen yang berkaitan dengan akaun bank di Geneva dan di Zurich telahpun di serahkan kepada pegawai penyiasat dari Malaysia.


Malah kedutaan Swiss begitu terperanjat di atas kenyataan yang Dr Mahathir yang dimuatkan oleh NST yang menyatakan bahawa selain daripada mengakui memiliki wang tersebut mereka enggan menyatakan nama pemegang akaun didalam Swiss Bank.


Menurut kenyataan Konsul Swiss Encik Ulrich Schlaesli bahawa Jabatan Peguam mereka telah memberi kerjasama tanpa sebarang masaalah kepada pegawai dari Malaysia. Dalam laporan Malay Mail juga telah menyatakan bahawa Pengarah BPR Encik Zulkifli Md Nor dan beberapa pegawai yang lain telah menemui Menteri Undang-undang Swiss pada bulan Mei yang lalu. Menurut En: Schlaesli lagi kerajaan Swiss telah menerima banyak ucapan terima kasih dari pegawai-pegawai dari Malaysia.


Pemuda Keadilan menganggap bahawa jika kenyataan Konsul Swiss di dalam Malaysiakini bertarikh 28 Mac itu benar maka Dr Mahathir telah melakukan satu penipuan dan pembohongan yang besar kepada rakyat dalam menangani isu skandal rasuah yang terbesar di Malaysia. Malah Dr Mahathir juga terlibat dalam melindungi mereka yang melakukan rasuah.


Kita memohon kepada BPR supaya disegerakan siasatan ini dan membawa mereka yang terlibat dibawa kemuka pengadilan tanpa merasa takut bagi membuktikan kepada rakyat bahawa BPR adalah satu badan bebas. Pemuda Keadilan mengharap supaya BPR adalah satu badan ditubuhkan bagi melindungi kepentingan rakyat bukan badan yang tunduk kepada arahan Pemerintah.


Pemuda Keadilan mencabar Pimpinan UMNO dan Pemuda Umno supaya mendesak Dr Mahathir meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO jika terbukti kenyataan Konsul Swiss itu benar.


Jika tidak kita meminta mereka supaya menyaman Konsul Swiss kerana berbohong.




JOHARI KASSIM
KETUA PENERANGAN PEMUDA
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net