Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Majlis Agama Mesti Bertindak
 




PARTI KEADILAN NASIONAL
SEKRETARIAT PENERANGAN PEMUDA KEADILAN NASIONAL
Tel: 6261450 Fax: 6261451 H/P 019-4491450

KENYATAAN AKHBAR
13HB MARCH 2002

Pemuda KEADILAN memandang serius kenyataan yang di buat oleh Farish A Noor dan beberapa penulis yang lain seperti Zainah Anwar, Kassim Ahmad, dan Akbar Ali, Malik Imtiaz Sarwar dalam akhbar the New Strait Times,Utusan Malaysia, The Sun dan The Edge. Penulisan yang di buat adalah dengan niat yang jahat bagi memburuk-burukkan ISLAM sebagai agama yang suci. Penulisan mereka juga membuka ruang bagi orang-orang yang bukan Islam yang tidak memahami tentang sirah-sirah NABI SAW untuk menilai ISLAM dari kaca mata dan pemikiran akal tanpa berpandu sesuatu yang sahih dari ALQURAN DAN HADIS.

Antara tulisan yang jelas bertentangan dan bersifat memburuk-burukan ISLAM ialah penulisan yang di buat oleh Farish A Noor.

Beliau mendakwa bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah pemimpin suku. Pandangan ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

Beliau mendakwa Nabi Muhammad S.A.W mengadakan hubungan seks dengan 15 orang wanita termasuk seorang gundek yang bernama Raihana yang sehingga akhir hayatnya tidak memeluk ISLAM. Dakwaan ini adalah biadap dan keterlaluan.

Dengan tulisan yang telah di buat itu jelas bahawa penulis dan mereka yang menyokong penulisan Farish A Noor telah mempersendakan Nabi Muhammad SAW dan Agama Islam yang suci. Penulis dan mereka yang menyokong penulisan ini mesti lah di ambil tindakan segera di bawah undang-undang mahkamah syariah.

Majlis Agama Islam sebagai badan yang menjaga adat istiadat dan undang-undang Islam mesti mengambil tindakan tanpa perlu rasa takut pada tekanan manusia. Pemuda keadilan juga mendesak YDP Majlis Agama Islam dan mufti bagi tiap-tiap negeri supaya mengarahkan tindakan ini di ambil dengan segera. Mereka jangan bersifat pilih bulu dalam menangani isu-isu yang menghina Islam. Pemuda Keadilan juga memberi masa 2 minggu dari sekarang supaya Majlis Agama islam bertindak terhadap mereka yang telah menghina Islam. Jika ini tidak berlaku rakyat akan memandang rendah terhadap badan ini dan mufti yang semata-mata di pengaruhi oleh parti politik tertentu dalam menjalankan tugas. Rakyat juga akan melihat badan ini sebagai tidak berwibawa dan tidak mampu menjaga kepentingan agama sebaliknya menjaga kepentingan diri dan orang tertentu,.

Pemuda Keadilan juga pihak media yang menyiarkan berita penulisan Farish A Noor yang menghina Islam meminta maaf segera dan mendesak agar berita yang menyentuh tentah sensiviti Islam dan menghina Islam tidak disiarkan secara terbuka.

Sekali lagi Pemuda Keadilan mendesak supaya tindakan tegas perlu diambil segera keatas mereka demi menjaga kesucian agama Islam supaya tidak ada lagi orang yang berani menghina Isalm dengan begitu Biadap.

Johari Kassim
Ketua Penerangan Pemuda Pusat
Parti Keadilan Nasional


 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net