Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Industri Media Malaysia: Kerajaan Singapura Kuasai Akhbar Malaysia
 
KENYATAAN MEDIA

Pergerakan Pemuda Parti Keadilan Nasional melahirkan rasa terperanjat apakala menemui fakta bahawa kerajaan Singapura memiliki saham di dalam dua akhbar berbahasa Inggeris di negara ini iaitu 'The New Straits Times' dan 'The Star'.

Kerajaan Singapura merupakan pemegang saham yang keempat terbesar dalam kedua-dua akhbar tersebut melalui Monetary Authority of Singapore, Singapore Government Investment Committee dan Kerajaan Singapura sendiri. Pegangan saham Singapura dalam kedua-dua akhbar tersebur hampir mencecah 5 peratus iaitu kadar yang ditakrifkan sebagai "pegangan signifikan" (significant investment).

Sehubungan itu Pemuda keADILan mendesak Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menjelaskan apakah pendirian kerajaan Malaysia dalam hal ini yang membabitkan sebuah kerajaan asing menguasai saham yang besar jumlahnya dalam industri strategik negara.

Pemuda keADILan mencabar Dr Mahathir Mohamad bahawa jika beliau gagal menjelaskan kedudukan ini, beliau hendaklah segera menghentikan propaganda murahan dengan menakutkan rakyat bahawa negara sekarang sedang diancam "penjajahan asing" seperti yang selalu dicanang-canangkan.

Pemuda keADILan juga mencabar Pemuda UMNO Malaysia untuk menyatakan pendirian mereka dalam isu ini. Bahkan kegagalan Pemuda UMNO membangkitkan perkara-perkara pokok seperti ini ketika berdialog dengan 'Young PAP' di Singapura baru-baru ini jelas menunjukkan bahawa Pemuda UMNO tidak mampu bersuara dalam hal yang membabitkan kepentingan negara.

Pemuda keADILan beranggapan tidak mustahil akibat penguasaan kerajaan Singapura dalam dua akhbar itu, mendorong akhbar tersebut berani menyiarkan berita-berita yang menghina Islam dan juga menyalahi kepentingan nasional.

Sekian, terima kasih.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Timbalan Ketua Pemuda keADILan


Dewan Perhimpunan Hock Chew, Yong Peng, Johor, 2 Mac 2002
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net