Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

Pemuda Pejuang Reformasi                    http://pemuda-keadilan-selangor.net
Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Siasat "Jerung" Dalam MAS, Bukan "Ikan Bilis" Sahaja
 


Kenyataan Media
Timbalan Ketua Pemuda Sdr Saifuddin Nasution Ismail
di Permatang Pauh, 20 Februari 2002:


Pergerakan Pemuda keADILan mengalu-alukan tindakan pengurus besar Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang membuat laporan polis berkenaan kerugian berjuta ringgit oleh bahagian kargo syarikat tersebut.

Semenjak dahulu lagi, Pemuda keADILan telah menuntut agar polis dan pihak kerajaan segera menyiasat berbagai laporan yang menunjukkan bahawa berlaku penyelewengan melibatkan berjuta-juta ringgit yang dilaporkan berlaku dalam MAS.

Sewaktu Tajudin Ramli masih menjadi Pengerusi MAS lagi, Pemuda keADILan mendesak agar tindakan beliau dipantau dan disiasat. Terlalu banyak sumber, termasuk di kalangan pengurus-pengurus dalam MAS sendiri, yang menyatakan bahawa Tajudin dan kuncu-kuncunya bertindak secara cuai dalam MAS dan mengkhianati amanah rakyat serta para pemegang saham.

Tidak cukup dengan itu, sewaktu kerajaan Malaysia di bawah pengaruh bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin membeli balik saham MAS dari Tajudin pada harga lebih dua kali ganda nilai pasaran, Pemuda keADILan telah menyatakan rasa sangsi terhadap urusniaga tersebut.

Kita yakin, ianya bukan dibuat atas kepentingan rakyat dan negara, tetapi untuk mengisi kocek beberapa kroni rapat Daim dan Mahathir. "Bail-out" yang menggunakan wang rakyat itu juga wajar disiasat segera.

Pemuda keADILan dengan ini mendesak polis, terutamanya Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Perdagangan) Bukit Aman, Datuk Maizan Shaari, supaya:

- Menyiasat dengan teliti semua salah laku yang mengakibatkan kerugian berjuta ringgit itu, walaupun ianya melibatkan pihak-pihak yang rapat dengan Dr. Mahathir Mohamad

- Meluaskan bidang siasatan supaya mengenal-pasti bukan sahaja para pegawai MAS yang bertanggungjawab tetapi siapa yang memberi arahan kepada mereka

- Menjejak dengan teliti ke mana perginya wang yang rugi tersebut dan membawa ke muka pengadilan kesemua mereka yang mendapat keuntungan daripada salah laku tersebut

- Melakukan tugas secara adil dan tanpa memilih bulu ke atas semua yang terlibat, termasuk bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin, bekas Pengerusi MAS Tajudin Ramli dan kuncu-kuncu mereka, dan tidak hanya menyiasat orang bawahan sahaja

Pemuda keADILan dengan tegas menyatakan sokongan terhadap usaha membersihkan MAS yang telah menelan lebih RM 10 billion wang rakyat dalam bentuk subsidi, sogokan, pinjaman dan "bail-out" daripada wang rakyat sepanjang Tajudin Ramli menjadi Pengerusinya.

Selamatkanlah MAS sebelum syarikat itu menjadi lebih tenat dan pastikan mereka yang bertanggungjawab dihukum sewajarnya.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]