Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Rumusan Isu Minggu Ini (17 ~ 23 Mac 2002)
 
A. Pilihan raya

1. Ketari

  • BA membuat keputusan tidak membantu DAP dalam kempen pilihan raya kecil di Ketari kerana tiada permintaan bertulis daripada DAP pusat, walaupun DAP Pahang telah mengeluarkan surat tersebut.
  • Pada halnya, hanya permintaan secara lisan dibuat oleh DAP, malah bukan dari Lim Kit Siang sendiri. Namun, pimpinan tertinggi KeADILan tidak akan menghalang mana-mana ahli untuk membantu DAP di Ketari, dan YB Saifuddin memberikan kenyataan bahawa Pemuda KeADILan bersedia untuk turun.

 

2. Pindaan Akta Pilihan Raya

  • Kerjaan mengusulkan pindaan Akta Pilihan Raya (1958) supaya memberikan kuasa kepada SPR untuk menaikkan wang pertaruhan calon dari RM 5 ribu kepada maksimanya RM 20 ribu.
  • Setiausaha SPR, Datuk Wan Ahmad berkata sebaik sahaja usul tersebut diterima Parlimen, SPR akan membuat cadangan kepada kerajaan supaya menaikkan wang pertaruhan calon Parlimen dari RM 5 ribu kepada RM 20 ribu, dan calon DUN dari RM 3 ribu kepada RM 5 ribu. Kenaikan wang pertaruhan calon memerlukan kebenaran daripada Kabinet.

 

B. Tabung Haji

  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin mengakui Tabung Haji kehilangan RM 200 juta menerusi pelaburannya dalam tabungan sebuah syarikat yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC). Dikatakan RM 120 sudah diperoleh balik.
  • Lembaga Tabung Haji menyaman Metrowangsa Asset Management Sdn Bhd dan penyanyi, yang juga peniaga mata wang, Ahmad Hassan, berhubungan pelanggaran perjanjian membabitkan pelaburan RM 201 juta.
  • Enam orang pegawai Tabung Haji diberi surat tunjuk sebab berhubungan kesilapan pelaburan yang berkenaan.

 

C. Perwaja

  • Timbalan Menteri Kewangan Datuk Shafie Mohd Salleh berkata kerajaan tidak bercadang untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah dalam penyiasatan terhadap Perwaja kerana kerajaan yakin terhadap BPR.
  • Beliau juga memberitahu bahawa penswastaan Perwaja kini berada dalam peringkat akhir.

 

D. Pendidikan

1. Pengasingan pelajar ikut kaum

  • Jawatankuasa Bebas Siasatan Isu Pengasingan Pelajar Mengikut Kaum telah mengemukakan laporan siasatannya yang menafikan tuduhan pengasingan pelajar mengikut kaum. Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh bekas Timbalan Naib Canselor USM, Pro. Emeritus K.J. Ratnam.
  • Dilaporkan pada asasnya terdapat tiga situasi pengasingan pelajar di sekolah:
    1. Pengasingan kerana terdapatnya Kelas Rancangan Khas dan Kelas Aliran Agama.
    2. Pengasingan sementara yang berlaku semasa proses pengajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan bahasa ibunda pelajar.
    3. Sesebuah kelas yang secara kebetulan terdiri daripada pelajar sesuatu kaum pada sepanjang tahun dan bukan kerana program khas.

 

  • Tuduhan tersebut dibuat oleh Kesatuan Perkidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP). S/U agong NUTP Siva Subramaniam berkata NUTP akan menyelidik laporan tersebut sebelum memberikan komen.

 

2. Utar

  • President MCA Ling Liong Sik berkata bahawa Prof. Wang Gung-Wu akan mempengerusikan Majlis Penasihat Akademik Antarabangsa bagi Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) yang sedang ditubuhkan oleh MCA dan memulakan kelasnya pada tahun ini.
  • Dua orang ahli panel lain yang dinamakan oleh Ling Liong Sik ialah Prof. Charles K. Kao yang mempunyai gelaran ‘bapa optik fiber’ dan Prof. Tu Wei-Ming.

 

Nota:

  1. Prof. Wang Gung-Wu ialah salah seorang pengasas Parti Gerakan bersama-sama dengan Dr. Syed Husein Alatas dahulu. Beliau telah meninggalkan parti tersebut dan kini merupakan pengarah Institut Asia Tenggara di Universiti Kebangsaan Singapura.
  2. Manakala Prof. Tu Wei-Ming pernah diundang ke Malaysia oleh Datuk Seri Anwar dahulu dalam program dialog peradaban, bersama-sama dengan Dr. Chandra Muzaffar. Beliau kini mengajar di Universiti Havard di Amerika dan dikenali ramai sebagai pakar neo-Konfusianisme.
  3. Kampus sementara Utar sekarang ialah bekas kilang suratkhabar The Star.
  4. Utar ialah susulan daripada Kolej Tunku Abdul Rahman (TARC) dalam usaha MCA. MCA menubuhkan TARC pada tahun1969 dengan dua tujuan:
    1. Memulihkan kelukaan yang dialami oleh masyarakat Cina dalam kejadian 13 Mei.
    2. Meredakan kemarahan masyarakat Cina terhadap kerjaan Perikatan (yang kini menjadi BN) yang tidak membenarkan penubuhan sebuah universiti yang menggunakan Mandarin sebagai bahasa pengatar.
    3. Namun, bahasa pengantar yang digunakan di TARC (sehingga kini) bukannya Mandarin tetapi bahasa Inggeris. Pada mulanya, TARC hanya menyediakan pendidikan pra-universiti, di mana banyak pelajar yang gagal dalam subjek BM di SPM melanjutkan pelajaran di situ.
    4. Selama ini, MCA menggunakan TARC sebagai modal politiknya dan ia telah mendapat banyak pujian sehubungan itu.

 

E. Parti politik

  • Pergaduhan berlaku di mesyuarat UMNO cawangan Pulau Kerengga, Marang, Terengganu sehingga polis melepaskan dua tembakan bagi menghentikan anggota polis daripada diserang.
  • 3965 Cawangan MCA akan mengadakan persidangan pada 30 dan 31 Mac 2002. dijangka 90% cawangan tersebut tidak mempunyai persaingan sengit. Cawangan yang dijangka mempunyai persaingan hebat adalah seperti yang berikut:

Selangor

  1. Cawangan di bawah bahagian Klang dan Ampang Jaya.
  2. Cawangan di bawah bahagian Petaling Jaya Utara, Kuala Langat, Kuala Selangor, Shah Alam, Kapar, Tanjung Karang, Ulu Langat.

Johor

  1. Cawangan di bawah bahagian Muar, Segamat, Kota Tinggi.
  2.  

Perak

  1. Cawangan di bawah bahagian Batu Gajah, Kampar, Ipoh Timur, Bagan Datuk.

W. Persekutuan

  1. Cawangan di bawah Bukut Bintang.

 

F. Antarabangsa

  • Anak bekas diktator Indonesia Suharto, Hutomo "Tommy" Mandala Putra sedang dibicarakan di mahkamah dengan dakwaan merancang pembunuhan seorang hakim.
  • Jika didapati bersalah, hukuman maksima kepada Tommy ialah hukuman mati.
  • Kes ini dilihat sebagai ujian kepada Megawati Sukarno Putri sama ada beliau dapat mereformasikan sistem kehakiman negara itu daripada dipengaruhi kuasa politik.

 

 

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net