Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Rumusan Isu minngu Ini: (9 ~ 16 Mac 2002)
 
 

A. Kes Ezam

  • Kes hasutan Ketua Pemuda Sdr. Ezam akan bermula pada 22 Julai 2002 (Isnin) dan berlangsung selama empat hari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Jumlah 10 orang saksi daripada pihak pendakwa akan memberikan keterangan.
  • Kes tersebut wujud berikut laporan oleh wartawan Yusri Sahat di Utusan Malaysia berkenaan kenyataan Ezam bahawa demonstrasi akan diadakan untuk menggulingkan kerajaan.

Peguam bela : Zainur Zakaria

Peguam dakwa: Timbalan Pendakwaraya Ahmad Fairuz Zainal Abidin

Hakim : Datuk S. Augustine Paul

 

B. Ketari

Hari penamaan: 23 Mac 2002 (Sabtu)

Hari mengundi: 31 Mac 2002 (Ahad)

Calon DAP : Choong Siew Onn, 34 tahun, pengawai eksekutif syarikat telekomunikasi

Calon Gerakan: Yum Ah Ha, 51 tahun, peguam dan bekas pengawai polis berpangkat Asisten Superintendan Bukit Aman

  • Pimpinan KeADILan dan BA telah memberikan kenyataan bahawa KeADILan dan BA tidak akan bertanding di pilihan raya kecil Ketari, dan menyeru rakyat untuk memberikan sokongan kepada calon pembangkang. Dan, BA akan berkempen untuk DAP jika menerima surat undangan daripada DAP.
  • DAP menyambut baik keputusan KeADILan dan BA, S/U agongnya, Kerk Kim Hock mengalu-alukan bantuan semua pihak dalam pilihan raya kecil itu.

 

C. Temuramah Mahathir

  • Dr. Mahathir ditemuramah oleh wartawan dari tujuh suratkhabar bahasa Cina dan diberikan liputan empat muka surat penuh di Sin Chew Jit Poh, suratkhabar bahasa Cina terbesar.
  • Tema utama yang ditonjolkan ialah kenyataan Dr. Mahathir bahawa dari dari segi undang-undang, kerajaan tidak boleh menutup sekolah rendah aliran Cina, dan masyarakat Cina boleh menyaman kerajaan jika kerajaan berbuat demikian. Namun, Dr. Mahathir akur bahawa Akta Pendidikan masih mengekalkan istilah "Matlamat Terakhir" yang berasal dari Laporan Tun Razak.
  • Lim Kit Siang menyifatkan temuramah PM itu sebagai satu persediaan BN untuk pilihan raya kecil Ketari sebelum PM bertolak untuk lawatan ke Eropah.
  • Dong Zong (Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia) dan Jiao Zong (Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia) menyatakan bahawa jika kerajaan adalah ikhlas dalam menghormati dan membenarkan perkembangan pendidikan aliran Cina, jaminan tersebut harus dimasukkan ke dalam akta.
  • Naib pengerusi Jiao Zong Cikgu Loot Ting Yee berkata, kenyataan PM yang jelas tentang "Matlamat Terakhir" di bawah Akta Pendidikan menambah kebimbangan tentang masalah pendidikan aliran Cina. Tambah beliau, temuramah PM yang hanya terhad kepada akhbar bahasa Cina akan menyebabkan kaum lain kurang faham akan kenyataan PM.
  • Perkara lain yang dikatakan oleh Dr. Mahathir ialah:
  1. Perbalahan di dalam MCA akan memudaratkan masyarakat Cina.
  2. Hukuman Hudud hanya sesuai di masyarakat yang hanya mempunyai orang Islam, dan keadaan di Malaysia bukannya begini.
  3. Kerajaan pusat berpendapat bahawa pas tidak diperlukan bagi pergerakan antara Semanjung dan Sabah & Sarawk, namun ia terpulang kepada kerajaan Sabah dan Sarawak sama ada sistem tersebut akan dimansuhkan.
  4. Malaysia akan menggunakan teknologi maklumat untuk bersaing dengan negeri China.
  5. Beliau masih belum dapat mencarikan seorang calon Menteri Kewangan yang sesuai.

 

 

D. Pendidikan

  1. Kementerian Pendidikan akan mengetengahkan bil pindaan Akta Pendidikan di Parlimen supaya ibu bapa yang gagal mendaftarkan anak mereka ke sekolah didenda sehingga RM 5,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya.
  • Cadangan pindaan yang lain termasuk orang yang mengerjakan tadika didenda RM 10,000 atau dipenjarakan setahun, atau kedua-duanya jika gagal menjalankan pendidikan kebangsaan seragam pra-sekolah seperti yang ditafsirkan oleh Kementerian Pendidikan.
  1. Pengarah Pendidikan Tinggi Prof. Hassan Said berkata semua universiti dalam negari akan melaksanakan sistem meritokrasi mulai tahun ini, dan mesyuarat pemilihan akan secara serius membincangkan dan memutuskan kelayakan minima bagai setiap jurusan kerana ia adalah tahu pertama pelaksanaan tersebut.
  2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Rais Yatim mengugut untuk menggunakan ISA ke atas mereka yang membakar Dewan Sultan Iskandar Universiti Teknologi Malaysia.
  • Timbalan Naib Canselor UTM Datuk Mohd Zulkifli Ghazali berkata kebakaran itu mungkin disebabkan perbuatan khianat kerana tindakan tegas pihak universiti terhadap pensyarah dan pelajar yang terlibat dalam aktiviti anti-kerajaan.

 

E. Isu Memali

  • Majlis Fatwa Kebangsaan meminta semua pihak, terutama parti-parti politik berhenti memperbesar-besarkan isu peristiwa Memali kerana perkara itu sudah selesai dengan fatwa yang dikeluarkan pada 4 Feb 1986.
  • "Isu matyi syahid dalam kejadian Memali tidak timbul kerana yang mati dari kedua-dua pihak adalah orang Islam," kata pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim.
  • Pak Lah berkata arahan itu perlu dipatuh dan kerajaan akan arahkan RTM menghentikan serta-merta tayangan klip video peristiwa Memali.
  • Tok Guru Nik Aziz berkata PAS sudah lama menerima nasihat Majlis Fatwa Kebangsaan, kerajaan sendiri yang membangkitkan isu itu dengan tayangan klip video tersebut.
  • Datuk Fadzil Noor berkata, "Saya hormati Majlis Fatwa tetapi setiap arahan itu mestilah adil. Apabila kita mahu menjelaskan peristiwa itu, kita diserang polis ketika mengadakan ceramah."
  • Ahli Parlimen Sri Gading (Johor) Mohamad Aziz minta Majlis Fatwa Kebangsaan menggali semula kubur Ibrahim Libya untuk memastikan mayatnya hancur atau tidak selepas dikebumikan sejak 17 tahun lalu. "Jika mayatnya tidak hancur maka Ibrahim Libya mati syahid tetapi jika sebaliknya, Allahyarham tidak syahid dalam kejadian di Memali pada tahun 1985," katanya.

 

F. Ekonomi

  1. Celcom (M) Berhad bercadang utnuk memberhentikan perkhidmatan kira-kira 1,800 pekerjanya bermula pertengahan bulan depan.
  • Celcom ialah anak syarikat milik penuh Technology Resources Industry (TRI) Berhad yang dikuasai oleh Tan Sri Tajuddin Ramli. TRI dibebani hutang RM 3.8 bilion sekarang.
  1. Sungguhpun terdapat banyak aduan terhadap dua buah syarikat pembersihan swasta ( Alam Flora dan Southern) yang menguruskan sampah, kerajaan sementara ini tidak bercadang memberhentikan kontrak mereka.
  • Pada tahun lalu, terdapat 20, 779 kes aduan yang dibuat terhadap Alam Flora, maksudnya 2.5 aduan terhadap syarikat itu setiap hari. Alam Flora mempunyai kontrak di 23 kawasan pentadbiran yang berada di bawah kerajaan tempatan. Manakala terdapat 1, 540 kes aduan terhadap syarikat Southern pada tahun lalu.
  1. EPF mengumumkan dividen 5% bagi tahun 2001, kadar terendah sejak tahun 1964.
  2. Pelaburan EPF dalam pelbagai sektor pada tahun lalu adalah seperti berikut:

    SEKTOR JUMLAH PERATUS
    MGS (Malaysian Government Securities) RM 4.57 bilion 43.31 %
    Loans and bonds RM 3.77 bilion 35.69 %
    Money market instruments RM 1.53 bilion 14.53 %
    Equities RM634.66milion 6.01 %
    Properties RM 17.27 milion 0.17 %
    Lain-lain RM 31.05 milion 0.29 %
  3. PERC (Political and Economic Risk Consultancy) telah menjalankan satu tinjauan tentang kadar korupsi di negara-negara Asia. Berikut ialah keputusan tinjauan:

(Yang mendapat markah rendah bermaksud kurang korupt, markah berbeza di antara 0 hingga 10)

 

Negara / Bandar

Markah

Markah Tahun Lepas

Singapura 0.90  
Jepun 3.25  
Hong Kong 3.33  
Malaysia 5.71 6.0
Korea Selatan 5.75 7.0
Taiwan 5.83  
China 7.00 7.88
Filipina 8.0 9.0
Vietnam 8.25 9.75
India 9.17 9.25
Indonesia 9.92  

Indonesia menunjukkan markah yang paling teruk sejak tinjauan tersebut pada 1995.

 

 

G. Antarabangsa

  • Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam pengundian bersejarah telah meluluskan resolusi yang menyebut tentang sebuah negara Palestin secara khusus.
  • Resolusi tajaan Amerika itu diluluskan dengan 14 undi menyokong dan tiada menentang, manakala Syria yang merupakan negara Arab tunggal dalam Majlis Keselamatan itu enggan mengundi.
  • Mengikut resolusi itu, Majlis Keselamatan "mengesahkan wawasan sebuah rantau di mana dua negara iaitu Israel dan Palestin akan wujud sebelah-menyebelah di dalam lingkungan sempadan yang terjamin dan diiktiraf".

 

 

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net