Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Rumusan Isu Minggu Ini: 02 ~ 09 Mac
 
A. MTUC
  • Senator Zainal Rampak (ahli UMNO) telah menewaskan pencabarnya (Syed Sharil Syed Mohamad, ahli PRM) dalam pertandingan jawatan Presiden MTUC (Kongress Kesatuan Pekerja Malaysia) dalam pemilihan yang diadakan pada 5 Mac, tetapi majoritinya jatuh dari 147 undi (pada 1999) ke 84 undi.
  • Ini merupakan kali keempat Syed Sharil bertanding dengan Zainal Rampak dalam jawatan Presiden sejak 1994.
  • Zainal Rampak telah memegang jawatan Presiden MTUC selama 17 tahun.
  • Dalam 17 jawatan utama MTUC yang berkenaan, puak Zainal Rampak hanya mampu memenangi 7, yang bakinya dimenangi oleh puak yang diketuai Syed Syaril dan dikatakan dipengaruhi S/U agong MTUC G. Rajasekaran.
  • Puak Rajasekaran tidak menamakan calon bagi jawatan Timbalan Presiden kerana mereka sebenarnya mencalonkan Shafie (pemenang Tim. Presiden tanpa bertanding) untuk bertanding dalam jawatan Presiden, tetapi Shafie menarik diri dalam pertandingan jawatan Presiden pada 14 Feb 2002, beliau telah menandatangani persetujuan dengan Zainal Rampak untuk tidak bertanding dalam jawatan Presiden, dan Zainal Rampak pula berjanji akan menyerahkan jawatan Presiden kepada Shafie bermula 1 Jan 2003.
  • Bagaimanapun, Zainal Rampak pada pemilihan MTUC 1996 dan 1999 pernah mengumumkan beliau akan berundur dari MTUC apabila penggalnya tamat, namun beliau terus kekal di situ. Zainal Rampak dilantik sebagai Senator pada Dec 1998.
  • Jumlah 584 perwakilan dan 121 pemerhati dari 112 kesatuan pekerja menghadir persidangan agong tersebut.
  • Berikut ialah keputusan pemilihan (diadakan setiap tiga tahun) MTUC 2002:

Nota: Keputusan pemilihan yang saya lampirkan adalah tidak menyeluruh

Jawatan Utama

Dicalonkan oleh Puak Zainal

Dicalonkan oleh Puak Rajasekaran

Presiden Zainal Rampak (310 undi) Syed Sharil
Tim. Presiden Mohd Shafie Mammal (menang tanpa bertanding)
S/U agong Abdul Malek Ariff G. Rajasekaran (370 undi)
Pen. S/U agong R. Chandrasekaran Abdul Halim Mansor (290 undi)
S/U bendahari Samuel Devadasan A. Sivanathan (278 undi)
Pen. S/U bendahari Mohd Jaafar Majid Ng Choo Seong
Naib Presiden

(sektor swasta)

Abdul Razak Hussen

Johar Sulaiman

Ahmad Din A. Rahman

Wan Naim Shukri

Robert Vijandran

Kamarus Zaman Mansor

Mohd Khalid Atan

M. Amaldass

S. Somasundram

Wan Naim Mohd

Naib Presiden

(sektor awam)

Yusof Harmain Shah

Lim Cheng Ho

Lawrence Vun

Kang Bee Leng

Anne Khoo

Lim Cheng Ho

Naib Presiden

(badan berkanun)

Abdul Rahim

Mohd Fudzil

Mohd Nor Abdullah

Kindera Putera

K. Goval

Francis Ariffin

 

B. Ketari

  • DAP Pahang telah mengesyorkan calon untuk bertanding di Ketari dalam suatu sidang akhbar yang dihadiri S/U agong Kerk Kim Hock.
  • S/U agong KeADILan Sahri Bahari hari ini (11 Mac) mengeluarkan kenyataan bahawa Biro Politik KeADILan telah memutuskan untuk tidak bertanding di Ketari.
  • Sebelum ini, presiden PAS Datuk Fadzil Noor telah berkata PAS tidak akan bertanding di Ketari.

 

C. KeADILan

  1. Tim. Presiden KeADILan Rahman Othman bersama dengan pimpinan yang lain telah mengadakan sidang media bahawa KeADILan akan membawa usul ke Parlimen untuk mengharamkan parti politik yang berasaskan perkauman.
  2. Kak Wan telah mengetuai rombongan pimpinan KeADILan ke Suruhanjaya Pilihan Raya dan mengemukakan memorandum yang mempunyai 16 cadangan. Antara perkara yang penting dalam cadangan tersebut:-
  • Turunkan umur mengundi daripada 21 ke 18 dan adakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik.
  • Menggubal undang-undang untuk melarang parti pemerintah untuk mengumumkan projek pembangunan dalam tempoh pilihan raya.
  • Meminda Akta Pilihan Raya supaya semua parti yang bertanding mendapat liputan media yang sama dalam kempen pilihan raya.

 

  1. Pemimpin KeADILan "menjadi" ahli MCA
  • Timbalan Pengerusi Negeri Sembilan KeADILan Chai Tong Chai menerima resit ahli seumur hidup bagi bahagian Seremban MCA, bermaksud terdapat orang lain yang telah mengisi borang dan membayar 100 ringgit bagi pihaknya.
  • Sebenarnya, banyak aduan tentang ahli hantu MCA telah dilaporkan baru-baru ini, yang tiba-tiba menjadi "ahli" MCA termasuk pelajar sekolah menengah. Ini membuktikan persaingan antara Team A dan Team B MCA adalah ketara dan cukup dahsyat.

 

     2. Anwar cadang saman NST

  • DSAI bercadang menyaman akhbar NST setelah ia menyiarkan sebuah artikel yang dikatakan menfitnah beliau merayu sokongan luar negeri untuk menubuhkan Pusat Dasar Asia-Pacific.
  • Penguam S.N. Nair yang mewakili DSAI berkata, saman tersebut akan difailkan oleh Karpal Singh.

 

D. Pendidikan

  • Dr. Mahathir berkata tidak berniat untuk menghapuskan sekolah rendah beraliran Cina.
  • Dua minggu yang lalu, Ketua Penyelia Pendidikan Negara Datuk Abdul Rahim menjalankan pemerhatian di sekolah-sekolah aliran Cina, termasuk sekolah menengah Cina persendirian. Beliau lalu melontarkan pujian yang cukup hebat, malah berkata kerajaan akan mengambil pengalaman daripada sekolah-sekolah yang berkenaan. Semua ini diberikan liputan media yang besar.
  • Timbalan Menteri Pendidikan Hon Choon Kim turut memberi jaminan tentang sekolah aliran Cina selepas itu.
  • Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah China Malaysia (Dong Zong) menyatakan bahawa perkembangan pendidikan aliran Cina disekat adalah sesuatu yang jelas dan berasas.
  • Di bawah Seksyen 17 (1) Akta Pendidikan (1996), BM wajib menjadi bahasa pengantar bagi semua institusi pendidikan di Malaysia, kecuali Sekolah Jenis Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 28 atau institusi pendidikan yang dikecualikan daripada Seksyen tersebut oleh Menteri Pendidikan.
  • Tetapi hampir kesemua sekolah aliran Cina tidak ditubuhkan mengikut Seksyen 28, kebanyakan mereka wujud sebelum Akta Pendidikan digubal, malah sebelum kemerdekaan.
  • Maksudnya, sekolah aliran Cina kini tidak perlu menggunakan BM sebagai bahasa pengantar kerana dikecualikan oleh Menteri Pendidikan, dan bukannya dijamin akta. Jika Menteri Pendidikan ingin menggunakan kuasanya untuk melarang penggunaan bahasa lain (selain BM) sebagai BM, (mengikut Akta Pendidikan) beliau berhak membuat begitu. Ini yang disimpulkan oleh aktivis pendidikan sebagai "Matlamat Terakhir"- mewajibkan penggunaan BM sebagai bahasa pengantar tunggal di semua institusi pendidikan.

 

E. Amanat Hadi dan Memali

  • Seperti yang diumumkan, kerajaan kini melalui TV menyiarkan Amanat Hadi (Hadi Awang), dan diselitkan bersama-sama dengan kejadian Memali.
  • Presiden PAS Datuk Fadzil Noor mencabar kerajaan untuk menyiarkan keseluruhan kejadian Memali supaya orang ramai mengetahui seluruh kisahnya.

 

F. Lain-lain

  1. Terdapat pihak yang menjangka apabila penggal kontrak Pesuruhjaya SUHAKAM berakhir nanti (dalam satu bulan lagi), empat orang Pesuruhjayanya tidak akan diperbaharui kontrak mereka, mereka ialah Prof. Hamdan Adnan, Prof. Mehrun Siraj, Anuar Zainal Abidin dan Musa Hitam.
  2. Ketua Hakim Negara Tan Sri Mohamed Dzaiddin berkata pengalaman seseorang yang diperlukan untuk menjadi hakim harus ditingkatkan kepada 15 atau 16 tahun. Kini, seseorang hanya perlu mempunyai pengalaman di bidang undang-undang sebanyak 10 tahun untuk dilantik menjadi hakim. Tan Sri Dzaiddin berkata kini terdapat banyak di antara mereka yang mempunyai pengalaman melebihi 20 tahun di Majlis Guaman dan sektor perundangan.
  3. Kerajaan Malaysia pada 8 Mac 2002 telah menandatangani persetujuan pinjaman dengan 20 buah institusi kewangan antarabangsa dan telah mendapatkan pinjaman sebanyak 540 juta US dollar ( 2 bilion dan 52 juta ringgit). Faedah yang kita kena bayar adalah 0.56 % lebih tinggi daripada purata kadar faedah bagi institusi kewangan di London. (namun kadar yang sebenarnya tidak dilaporkan)
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net