Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Rumusan Isu Minggu Ini (24 Feb. ~ 2 Mac, 2002)
 
A. Kes rayuan habeas corpus tahanan ISA di Mahkamah Persekutuan

Kes ini melibatkan Tian Chua, Ezam, Hishamuddin Rais, Saari Sungib dan Raja Petra.

Wakil perayu : Sulaiman Abdullah, Sivarasa Rasiah, Christopher Leong, Malik Imtiaz

Sarwar, dan M. Moganambal

Responden : Ketua Polis Negara (diwakili oleh Timbalan Kanan Pendakwaraya

Datuk Azahar Mohamed, Mohd Yusoff Zainal Abidin, Timbalan

Pendakwaraya Tun Abdul Majid, dan Penguam Kanan Persekuatuan

Datuk Mary Lim

Hakim : Ketua Hakim Negara Tan Sri Mohamed Dzaiddin, Ketua Hakim Sabah

& Sarawak Tan Sri Steve Shim, Hakim Mahkamah Datuk Abdul Malek,

dan Datuk Siti Norma Yaakob

 

Pada asalnya, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Wan Adnan Ismail turut menjadi ahli panel dalam kes ini, namun beliau telah meninggal dunia pada 24 Dis 2001.

Hujah wakil respoden

  • ISA tidak terbatas kepada keganasan komunis, ia jelas menyatakan untuk mengatasi segala aktiviti yang memudaratkan keselamatan negara.
  • Di bawah ISA, walaupun tahanan mempunyai hak untuk mendapatkan bantuan guaman, ia boleh dihadkan atau ditangguhkan.
  • Polis tidak mempunyai niat jahat ketika menyoal tentang sumber kewangan KeADILan, pilihan raya kecil Lunas, dan perkara yang lain.

Setelah mendengar hujah, mahkamah berkata keputusan akan dibuat pada satu tarikh yang ditetapkan.

 

 

B. Berita tentang KeADILan

1. Tindak balas DAP

  • Setelah BA Melaka dan KeADILan P. Pinang menyatakan bahawa kita akan bertanding dalam semua kerusi dalam pilihan raya akan datang, tindak balas DAP bertukar dari lembut kepada keras. S/U agong DAP Kerk Kim Hock telah membuat kenyataan yang berturut-turut:
    1. Jika KeADILan bertanding dalam semua kerusi, DAP akan menghadapinya.
    2. Pembangkang tidak patut membunuh sesama diri.
    3. DAP tidak mungkin kembali ke BA; BA telah dirampas (hijacked) oleh PAS.
    4. Kenyataan tentang pilihan raya dikeluarkan berturut-turut oleh KeADILan, menunjukkan KeADILan sedang mencabar dan mengugut DAP.
  • Kak Wan telah menyatakan bahawa walaupun DAP telah keluar dari BA, KeADILan dan DAP masih merupakan kawan dan banyak perkara boleh diselesaikan melalui perundingan.

 

2. Masuk UMNO

  • The Sun melaporkan 1,281 orang bekas ahli PAS dan KeADILan dari Rantau Panjang (Kelantan) melompat ke UMNO. Utusan melaporkan 670 orang dari 18 kawasan.
  • Dalam mesyuarat Exco Mac, Sdr. Norazman dari Kelantan mengatakan pelompatan itu mempunyai kebenarannya, tetapi bilangannya tidak diketahui.

 

3. Dr. Chandra

  • Dr. Chandra menuduh pimpinan KeADILan mengamalkan konsep tujuan mengatasi cara (end justifies means), dan itu sebabnya beliau meletakkan jawatan. Beliau dilaporkan oleh The Star berkata demikian dalam satu forum "Patutkah Malaysia menjadi sebuah Negara Islam".
  • Ketika ditanya oleh hadirin tentang sebab beliau keluar dari parti, Dr. Chandra berkata beliau belum bersedia untuk mendedahkannya. "Ia akan melukai banyak orang. Saya sertai parti kerana prinsip dan saya tidak akan melibatkan diri dalam apa-apa yang menyakiti hati nurani saya", lapor The Star.
  • Dalam ucapannya, Dr. Chandra berkata PAS telah hilang peluang keemasannya untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa ia mampu memimpin sebuah masyarakat yang berbilang agama. "Sebaliknya, ia (PAS) hendak mengenakan kharaj, satu undang-undang lapuk Syariah yang berkenaan dengan penaklukan golongan bukan Muslim dan kawasan bukan Muslim.

 

 

C. Penguam Negara dibenar wakili Augustine Paul

  • Mahkamah Tinggi membenarkan pemohonan Penguam Negara untuk mewakili Hakim Datuk S. Augustine Paul yang menghadapi prosiding menghina mahkamah. "Peguam Negara bukan mewakili Paul atas sifat peribadinya tetapi membela jawatan Hakim Mahkamah Tinggi yang dipegangnya", kata Hakim Datuk Hashim Mohd Yusoff.
  • Kes tersebut dibawa oleh peguam bela Anwar Christopher Fernandez, di mana beliau dikutuk oleh Augustine Paul "jika cara kata-kata tersebut adalah seperti binatang……", Paul dikatakan telah menghina mahkamah.

 

 

D. 11 September bukan Perang Suci

  • Seorang sami dari Taiwan, Guru Jing-Kung berkata kejadian 11 September bukannya Jihad agama, tetapi berakar umbi daripada niat membalas dendam. Beliau mengulas bahawa walaupun serangan ganas 11 Sep dan perang yang dilancarkan oleh Amerika ke atas Afghanistan mempunyai unsur agama, beliau tidak melihat ia sebagai perang suci.
  • Kata beliau, Jihad ialah apabila orang lain mengancam kita dan kita mempertahankan diri, tetapi bukannya kita pergi menyerang orang lain. Beliau berpendapat bahawa 11 Sep disebabkan perasaan tidak puas hati dan balas dendam sesetengah pihak terhadap Amerika.
  • "Amerika tidak harus menjadi polis dunia, tetapi Santa Claus dunia". Beliau memberi contoh, Amerika telah membelanjakan $ 8 bilion dalam Perang Korea, jika Amerika belanjakan wang tersebut untuk membantu Korea Utara dan Korea Selatan, dengan memberikan $ 4 bilion kepada setiapnya, banyak masalah Korea akan diselesaikan dengan segera; bukan sahaja perang itu dapat dielakkan, malah mereka akan mengelar orang Amerika sebagai bapa.
  • Beliau beri contoh lagi, Amerika menggunakan masa 27 tahun untuk berperang dalam Perang Vietnam, pembelanjaannya ialah 10 kali ganda pembelanjaan Perang Korea. "Jika wang itu digunakan untuk membantu Asia Tenggara, orang Asia Tenggara akan mengganggap Amerika sebagai nenek moyang mereka.

 

 

E. Isu Ulama

  • 26 NGO dan individu-individu dalam satu kenyataan bersama menyatakan terdapat segolongan orang (secara tersirat merujuk kepada Persatuan Ulama Malaysia) yang cuba menjadi monopoli tafsiran terhadap Islam.
  • Kenyataan tersebut mempertahankan bahawa pandangan yang berbeza dalam perdebatan isu Islam merupakan hak asasi manusia.
  • NGO yang endos kenyataan tersebut termasuk Malaysia Amnesty International (AI), Persatuan Hak Asasi Kebangsaan (HAKAM, dipengerusi oleh Raja Aziz Addruse) dan Jawatankuasa Hak Rakyat Dewan Perhimpunan Selangor (CRC of SCAH) dan individu tersebut (antaranya 6 daripada SUHAKAM) termasuk Datuk Lee Lam Thye, Prof. Hamdan Adnan, Tan Sri Musa Hitam, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng, YB Tang Seng Giao (Kepong), YB Teresa Kok (Seputeh), Khairy Jamaluddin (pembantu khas Pak Lah), Prof. Faisal Osman, Prof. Osman Bakar dll.
  • Saiful Izham Ramli telah menjelaskan dalam mesyuarat Exco Mac bahawa dia telah mendapatkan pemahaman daripada Raja Aziz dan beliau berkata tindakan yang berkenaan dibuat hanya berdasarkan laporan media, tanpa membaca bahan tulisan oleh Farish Noor dan penulis yang lain. Mengikut Sdr. Saiful, Raja Aziz telah berjanji untuk membaca artikel yang berkenaan dan akan membuat sesuatu selepas itu.
  • Berhubungan cadangan kerajaan menubuhkan Majlis Perundingan Ulama Negara (MPUN), YB Mahfuz berkata ia tidak perlu dan ini hanya menunjukkan ulama yang sedia ada tidak diberikan keyakinan.
  • YB Saifuddin berkata cadangan itu bertujuan untuk menangkis rasa tidak puas hati yang semakin meningkat di kalangan masyarakat Muslim.
  • Kak Wan mahu semua pandangan diambilkira sebelum kerajaan menubuhkan MPUM; beliau turut mempersoalkan keperluan penubuhan majlis tersebut memandangkan kini sudah terdapat Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai badan rujukan tentang isu agama.
  • Datuk Sheikh Azmi Ahmad, yang dikenali sebagai bekas mufti P. Pinang oleh The Star, kegagalan ulama dalam membalas atau membantu penulis daripada kekeliruan, termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Hal-ehwal Islam yang diam dalam isu ini, memberikan peluang kepada UMNO sebagai alasan bagi menubuhkan MPUM, walaupun platform yang sama sudahpun ada.

 

 

F. PBRS

  • Parti Bersatu Rakyat Sabah akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi memilih semula pucuk pimpinan parti itu di Hotel Promenade pada 28 Mac.
  • Pengumuman itu dibuat oleh pengerusi Jawatankuasa Berkecuali PBRS, yang dianggotai oleh tujuh pemimpin PBRS yang neutral dalam pertembungan Joseph Kurup dan Jeffrey Kitingan, di mana kedua-dua mengumumkan diri mereka sebagai presiden baru dalam perhimpunan agung yang berlangsung pada dua bulan yang lepas.

 

 

G. Ekonomi

  • Mengikut Ketua Wanita MCA Ng Yen Yen, sebanyak 34, 848 orang pekerja diberhentikan kerja di antara 24 Januari dan November tahun lepas.
  • Dividen terendah EPF

 

Tahun

%

1971

5.80

1972-1973

5.85

1974 – 1975

6.60

1976 – 1978

7.00

1979

7.25

1980 – 1982

8.00

1983 – 1987

8.50

1988 – 1994

8.00

1995

7.50

1996

7.70

1997

6.70

1998

6.70

1999

6.84

2000

6.00

Jadual di atas menunjukkan peratusan dividen yang diberikan oleh EPF sejak tahun 1971. Dijangka dividen EPF bagi tahun 2001 ialah 5 % sahaja.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net