Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

Pemuda Pejuang Reformasi                    http://pemuda-keadilan-selangor.net
Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Rumusan Isu Minggu Ini (17 ~ 23 Februari 2002)
 
A. Perwaja tutup sementara
  • Perwaja Steel Sdn. Bhd. Mengumumkan penutupan sementara operasi kedua-dua kilangnya di Teluk Kalong (Kemaman) dan Gurun (Kedah), berkuatkuasa 21 Feb, bagi menjalankan penyusunan semula struktur organisasi perniagaan setelah merosot teruk dalam perniagaan syarikat itu.
  • Pengumuman itu dibuat selepas Ketua Pengawai Eksekutif Perwaja, Datuk Abu Talib menyampaikan taklimat kepada kira-kira 1,600 orang pekerja di Kemaman.
  • Kilang Perwaja di Gurun menggalakkan pekerjanya menerima Skim Persaraan Sukarela, dengan manfaat sebulan cuti bergaji.
  • Kerajaan Terengganu menyatakan kerajaan negeri itu tidak lagi mempunyai kepentingan di dalam Perwaja, ia telah menjual 19% saham yang dimilikinya pada tahun lepas.

 

Latar belakang

  • Perwaja ialah syarikat besi-keluli yang terbesar di Malaysia, ia ditubuhkan di bawah Industrial Blueprint pada 1982, kilang yang dibina di Kemaman pada waktu itu diniagakan bersama oleh HICOM, syarikat kewangan Jepun dan institut MB negeri Terengganu.
  • Perwaja mengalami kerugian besar dan sehingga 1998 Kementerian Kewangan membeli saham Perwaja dari HICOM dan syarikat kewangan Jepun, Eric Chia pula dilantik sebagai Managing Director.
  • Nasib Perwaja diputarkan selepas itu.
  • Eric Chia meninggalkan Perwaja pada 1995, lalu tercetus masalah penyelewengan pengurusan serta kerugian. Kemudian, BPR membuat penyiasatan selepas bekas PM Anwar Ibrahim membongkar kejadian tersebut di Parlimen. 50 orang telah dipanggil dalam penyiasatan.
  • Sehingga Ogos 2001, Perwaja terhutang 1.18 juta ringgit kepada Selenggara Asia Metal Sdn Bhd (Pahang).

 

 

B. Malaysia Airline System (mana ada sistem?)

  • Laporan polis telah dibuat terhadap bekas pimpinan pengurusan, yang dikatakan melibatkan penyelewengan.
  • Bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Mac 2001, MAS menanggung kerugian sebelum cikai sebanyak RM 1.303 bilion, yang merupakan kerugian terbesar dalam sejarah syarikat penerbangan itu.
  • Tahun lalu, kerajaan membeli balik 29.9% ekuiti yang dimiliki oleh Tajudin Ramli dalam MAS menerusi Naluri dengan harga RM 1.972 bilion ( RM8 sesaham ), walaupun harga pasarannya sekitar RM 4 ketika itu.

 

 

C. Pertandingan dalam pilihan raya

  • Dalam satu kenyataan bersama, Ketua Perhubungan Melaka PRM Low Kim Seng, Ketua Pemuda Melaka KeADILan Abdul Wahab Ibrahim dan Ketua Penerangan Melaka PAS Mohd Mujahid Yusuf menyatakan bahawa BA akan bertanding dalam semua kerusi di Melaka pada pilihan raya akan datang.
  • Pada 1999, DAP bertanding 1 P dan 12 DUN; KeADILan bertanding 2 P dan 7 DUN; PAS bertanding 2 P dan 10 DUN. (PRM tidak bertanding) Selain DAP memenangi 1 P dan 4 DUN, pembangkang yang lain kalah semua kerusi ketika itu.
  • Pada keesokan kenyataan tersebut, S/U agong DAP Kerk Kim Hock berkata berdasarkan kefahamannya terhadap BA dalam dua tahun yang lepas, dia percaya pimpinan tertinggi BA tidak akan bertanding dalam semua kerusi pada pilihan raya akan datang.
  • Kerk percaya itu hanya cadangan dari BA Melaka, dan ia akan dibawa kepada Majlis Presiden BA. Kerk juga katakana pembangkang tidak akan suka melihat kejadian "saling membunuh" berlaku dalam pilihan raya, dan parti yang rasional tidak akan melakukan perkara seperti itu.

 

 

D. TPM untuk Sabah & Sarawak

  • Ketika konvensyen parti di Sabah, Kak Wan telah mencadangkan seorang Timbalan Perdana Menteri lagi untuk menjaga kepentingan negeri Sabah dan Sarawak. Cadangan itu, mengikut Kak Wan, akan dikemukakan kepada pemimpin BA supaya dijadikan manifesto pilihan raya.
  • Kenyataan itu banyak mendapat respon, antaranya, S/U politik PM Dusuki Ahmad dan Naib Presiden UMNO Muhammad Taib berkata itu hanya gimik politik untuk raih simpati, kononnya kerana KeADILan kurang dapat sokongan.

 

 

E. Tudung di sekolah Singapura

  • Faroukh Dawood (anaknya digantung sekolah bulan ini kerana memakai tudung) dan Zulkifli Ali (anaknya meninggalkan sekolah pada 1999 kerana memakai tudung) telah menfailkan saman terhadap kerajaan Singapura, diwakili oleh peguam Malaysia, Karpal Singh.
  • Mereka meminta mahkamah untuk mengkaji sama ada kerajaan Singapura, Kementerian Pendidikan dan tiga buah sekolah yang berkenaan telah bertindak di luar batas mereka.
  • Karpal Singh berkata dia sebagai wakil peguam keluarga yang terlibat, tidak berniat untuk campur tangan dalam hal-ehwal dalam negeri Singapura, dan tidak berunsurkan politik serta tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan Malaysia.

 

 

F. "Bekas Menteri Malaysia menyokong pertubuhan pengganas"

  • Berhubungan kenyataan bahawa seorang bekas menteri Malaysia menyumbang US $ 10 juta kepada sebuah pertubuhan yang disyaki mempunyai hubungan dengan pengganas, Pak Lah berkata akan bertemu dengan Pengerusi Majlis Tertinggi Islam Amerika Shaykh Muhammad Hisham Kabani lagi untuk mendapatkan lebih maklumat.
  • Menteri Penerangan Khalil Yaakob berkata kerajaan akan mengumumkan nama menteri tersebut pada masa yang sesuai setelah mempunyai bukti yang cukup.
  • Pada 17 Feb, Lim Kit Siang berkata kerajaan harus melarang Shaykh Muhammad masuk ke Malaysia jika Shaykh Muhammad gagal mengemukakan bukti terhadap kenyataannya. Lim juga kata dia tidak faham mengapa Pak Lah percaya akan kenyataan tersebut tanpa mendapatkan lebih bukti.
  • Pada 18 Feb, Lim Kit Siang menggesa Ketua Pendawa Raya untuk pertimbangkan sama ada terdapat bukti untuk membuat dakwaan fitnah terhadap Shaykh Muhammad kerana secara tanpa bukti menuduh FBI Amerika telah pasti bahawa Malaysia berhubungan dengan pertubuhan pengganas Amerika.

 

G. Syor suami cuti bila isteri bersalin

  • Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengesyorkan suami diberi 14 hari cuti apabila isteri bersalin.

Nota: Di negara-negara Eropah, suami diperuntukkan cuti ketika isteri bersalin adalah polisi yang biasa, malah ada yang memperuntukkan 60 hari cuti bergaji kepada kedua-dua suami dan isteri (kadar kelahiran yang rendah juga faktor bagi polisi tersebut di Eropah). Walau apapun, mungkin kita juga perlu bincangkan isu ini dan nyatakan pendirian kita, terutama menjelang Hari Wanita pada 8 Mac.

Namun, saya secara peribadi melihat presiden MTUC Zainal Rampak bangkitkan isu tersebut pada ketika ini bagi meraih undi semata-mata.

  • Pilihan raya MTUC akan berlangsung pada 5 dan 6 Mac 2002. Zainal Rampak dicabar buat kali keempat oleh Syed Sharil yang pro-reformasi. Syed Sharil kini berada dalam Team-B bersama-sama dengan S/U agong MTUC yang sedia ada, G. Rajasekaran yang turut bertanding untuk mempertahankan jawatan S/U agongnya.

 

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]