Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
GMI: Suhakam Diseru Supaya Menyiasat Pencabulan Hak Manusia Di Perhimpunan Rakyat Kamunting
 


KUALA LUMPUR, - GMI telah menghantar satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menyeru sisatan dibuat terhadap pencabulan hak asasi manusia apabila polis bertindak ganas dan menahan 47 orang di satu perhimpunan rakyat di Kem Perlindungan Kamunting pada Oktober lalu.

Memo "Aduan Pencabulan Hak Manusia" yang sepanjang lapan muka surat itu diserahkan kepada Pesuruhjaya Suhakam Mehrun Siraj oleh Setiausaha Kerja GMI S. Arutchelvan.
Turut mengiringi adalah Setiausaha GMI Perak Dr. Jeyakumar, Timbalan Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM) Hj Zaid Kamaruddin dan Naib Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Idris Hj Ahmad dan beberapa isteri tahanan ISA.

Menurut Arutchelvan, asas-asas aduan kepada SUHAKAM mengenai pencabulan hak asasi itu disimpulkan dalam enam perkara iaitu penahanan tidak sah dan berunsur mala-fide; polis tidak membenarkan orang ramai bersurai; ugutan terhadap mereka yang membuat aduan polis yang tidak mengikut prosedur; pencabulan hak asasi manusia; pencabulan perkara 10- Perlembagaan Negara (kebebasan bersuara dan berkumpul) ; dan penahanan tidak berasas 37 orang di restoran berhampiran kem.

Bagaimanapun, Mehrun di dalam menerima memo tersebut berkata jawapan daripada pihak-pihak berkuasa selalu mengambil masa yang agak lama untuk diproses.

Dalam isi kandungan memorandum tersebut, GMI telah menuntut SUHAKAM menjalankan satu siasatan terbuka mengenai insiden 27 Oktober tersebut.

Antara saranan lain termasuk agar meningkatkan pendidikan hak asasi manusia kepada institusi polis supaya orang ramai tidak menjadi mangsa tindak tanduk polis yang ganas dan tidak rasional.

(HarakahDaily)
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net