Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Tahanan ISA Pemimpin keADILan: Polis Berniat Jahat
 



KUALA Lumpur: Mahkamah Persekutuan semalam mendengar bagaimana tindakan polis menahan pemimpin keADILan dan reformasi di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri bermotif 'jahat'. Mahkamah Persekutuan menjadi arena rayuan terakhir lima orang pemimpin keADILan dan reformasi yang ditahan tanpa bicara sejak awal tahun lalu.

Saudara Tian Chua (Naib Presiden), Saudara Ezam Mohd. Nor (Ketua Pemuda), Saudara Saari Sungib (bekas MPT), Dr. Badrul Amin Baharom (ahli MPT), Saudara Lokman Adam (ahli MPT) dan Saudara Hishamuddin Rais ditahan dalam operasi menyekat kebangkitan pembangkang mirip Operasi Lalang 1987 tahun lalu. Sehingga kini pihak berkuasa masih belum boleh mengemukakan sebarang bukti bagi menyokong tuduhan yang dikenakan terhadap mereka.

Menurut peguam utama kelima-lima pemimpin keADILan dan reformasi itu, Saudara Haji Sulaiman Abdullah, niat sebenar pihak polis menahan mereka adalah untuk menyekat penglibatan mereka di arena politik, mengumpul maklumat mengenai kekuatan pembangkang bagi pihak Barisan Nasional dan cuba mempengaruhi mereka menukar pendirian politik masing-masing.

"Itu adalah sebab utama penahanan mereka, dan tidak ada kena mengena dengan dakwaan mereka mengancam keselamatan negara," rumus Saudara Haji Sulaiman kepada panel hakim Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah juga sebelum ini diberitahu mengenai affidavit yang difailkan oleh kelima-lima tahanan politik tersebut bahawa sessi soalsiasat yang dijalankan pihak polis langsung tidak ada kena mengena dengan keselamatan dalam negeri.

Selain daripada pihak polis cuba meyakinkan mereka mengenai fitnah kelakuan seks pemimpin-pemimpin pembangkang, menurut affidavit itu, soalsiasat mereka berkisar mengenai kekuatan dan modus operandi pembangkang.

Panel peguam pemimpin keADILan itu membuat rayuan kepada panel empat orang Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara Tan Sri Dzaiddin Abdullah. Rayuan berkisar keputusan hakim kontroversi Augustine Paul yang menolak permohonan habeas corpus kelima-lima tahanan, sedangkan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Hishamuddin Yunus membebaskan dua orang tahanan ISA yang lain iaitu Abdul Ghani Harun dan N. Gobalakrishnan.

Keputusan mahkamah ditangguhkan ke satu masa yang akan diumumkan kelak.
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net