Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

Pemuda Pejuang Reformasi                    http://pemuda-keadilan-selangor.net
Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Bahirah: Kesihatan Tahanan ISA Semakin Terjejas
 


KUALA Lumpur: Menurut Puan Bahirah Tajul Aris, isteri Ketua Pemuda keADILan Saudara Ezam Mohd Nor dan pengelola Pusat Sokongan Keluarga ISA, kesihatan para tahanan ISA semakin terjejas sejak mereka mengambil tindakan 'berpuasa' dari mengambil makanan kem tahanan sebagai protes.

Saudara Ezam Mohd. Nor, Haji Saari Sungib, Saudara Tian Chua, Saudara Lokman Nor Adam, Saudara Hishamuddin Rais dan Dr. Badrulamin Baharom dikenakan hukuman penjara tanpa bicara oleh Timbalan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi tahun lalu.

Mereka dituduh cuba menggulingkan kerajaan, walau bagaimanapun sehingga kini pihak berkuasa masih tidak menunjukkan sebarang bukti.

Tahanan mereka mencetuskan bantahan di seluruh dunia, termasuk oleh pelajar-pelajar Malaysia.

Keenam-enam tahanan mengambil keputusan untuk mogok dari mengambil makanan Kem Tahanan Politik Kamunting sebagai bantahan terhadap layanan buruk atas arahan Abdullah Ahmad Badawi.

Mereka dikenakan kurungan dan tidak dibenarkan menunaikan sembahyang Jumaat. Surat-surat yang dikirimkan juga ditapis, sementara pihak berkuasa kem hanya membenarkan keluarga terdekat melawat mereka. Kesemua peraturan ini tidak termaktub di dalam peruntukan ISA, yakni undang-undang yang digunakan untuk menahan mereka.

"Sejak mereka ditahan 10 bulan lepas, mereka dah hilang lebih 10 kg. Dalam dua minggu lalu sahaja, berat tubuh mereka susut di antara 2 hingga 5 kg," kata Puan Bahirah.

Keenam-enam mereka hanya minum air dan memakan biskut atau kadang-kadang buah yang dibawa keluarga mereka.

Puan Bahirah mengulang pendirian isteri dan keluarga tahanan bahawa penahanan suami mereka adalah kejam.

"Tahanan tanpa bicara adalah kejam. Mereka mempunyai hak untuk dibicarakan secara terbuka," tegas Puan Bahirah lagi.


 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]