Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

Pemuda Pejuang Reformasi                    http://pemuda-keadilan-selangor.net
Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Kenyataan Bersama Tahanan Politik Kamunting
 



15 Februari 2002

Kami, Tahananan Politik Kamunting membantah penahanan semula Dr Badrulamin Bahron di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tanpa sebarang sebab yang sah di Kem Tahanan Kamunting. Dr. Badrulamin telah ditahan pada bulan April 2001 atas tuduhan terlibat dalam konspirasi untuk menggunakan senjata, bom, pelancar roket dan molotov cocktail yang menurut polis adalah ancaman kepada keselamatan negara.

Walau bagaimanapun penahanan semula Dr. Badrulamin ke Kamunting tidak ada kaitan dengan ancaman terhadap keselamatan negara, secara langsung mahupun tidak langsung. ISA telah sewenang-wenangnya digunakan untuk menahan beliau semula. Dengan ini kami menuntut Menteri Dalam Negeri bertanggungjawab memberi penjelasan dan alasan yang sah berkenaan penahanan semula Dr Badrulamin di Kamunting.

Penahanan semula Dr Badrulamin memperkukuhkan keyakinan kami bawa penangkapan dan penahanan kami sejak April 2001 adalah bermotif politik dan tiada kena mengena dengan tuduhan mengancam keselamatan negara. Kami seterusnya menuntut untuk segera dibicarakan atas tuduhan yang telah dikenakan terhadap kami dan diberikan hak mendapat perbicaraan yang wajar dan adil di mahkamah undang-undang.

Kegagalan pihak kerajaan membawa kami ke mahkamah jelas membuktikan bahawa segala tuduhan terhadap kami adalah tidak berasas sama sekali dan merupakan khayalan semata-mata. Ini membawa erti bahawa kerajaan tidak punya pilihan selain membebaskan kami dengan segera.

Sebagaimana yang telah dijangkakan, pihak kerajaan gagal memenuhi tuntutan kami dan oleh itu bagi menunjukkan bantahan kami terhadap kezaliman pihak berkuasa yang berterusan menahan kami di Kem Tahanan Kamunting, kami, Tahanan Politik Kamunting telah memulau semua makanan yang disediakan oleh pihak kem sejak Isnin, 4 Februari 2002.

Tindakan ini akan diteruskan sehingga pihak kerajaan memenuhi tuntutan kami. Pemulauan makanan kem ini akan menjadi bertambah buruk jika tiada maklum balas daripada pihak kerajaan.

Mohamad Ezam Md Nor
Saari Sungib
Chua Tian Cheng
Hishamuddin Rais
Lokman Noor Adam
Dr Badrulamin Bahron

Kem Tahanan Politik, Kamunting

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]