Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

Pemuda Pejuang Reformasi                    http://pemuda-keadilan-selangor.net
Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Keluarga Dr. Badrulamin Kembali Kesepian
 


Assalamu alaikum pembaca budiman.

Tahniah kepada reformis muda yang menceritakan sedikit sebanyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh Dr. Badrulamin dalam menegakkan kebenaran dan keadilan. Saya bukanlah nak membandingkan Dr. Badrulamin dengan orang lain dan mengatakan dia lebih baik dari yang lain. Namun, dari tulisan reformis muda tersebut, mungkin pembaca tersedar dari mimpi dan melihat realiti yang menimpa ulama kita di Malaysia ini. Saya rasakan cabaran-cabaran yang diberikan oleh reformis muda tersebut perlu disambut oleh ulama, mufti, ustaz dan lain-lain yang beliau sebutkan. Ke mana mereka semasa ulama dihina? Di mana suara mereka semasa Dr. Badrulamin disumbat ke dalam lokap dan kem tahanan Kamunting? Kesepian mereka seolah-olah tidak memperdulikan nasib malang yang menimpa rakan sejawatan mereka yang kini terpaksa kembali "bertapa dan berehat" di Kamunting.

Sudah hampir dua minggu Dr. Badrulamin berada di Kamunting. Sudah dua kali isterinya, Hjh. Zumrah dan keluarga pergi melawat beliau di sana. Bermulalah kehidupan sepi mereka setiap hari tanpa kehadiran suami dan ayah tersayang. Bermulalah juga perjalanan panjang mereka setiap minggu ke Kamunting untuk bertemu dan memberikan sokongan kepada orang tersayang. Pertemuan setiap minggu walaupun dalam keadaan sedih dan geram, namun tidak ada istilah putus asa dan kecewa bagi mereka. Kehidupan mereka dipersulitkan oleh penguasa yang tidak berhati perut. Anak-anak perlu disekolahkan, perut perlu diisi, keperluan harian perlu dipenuhi. Bagaimanakah isteri yang bekerja di rumah sepenuh masa mampu menguruskan kesemua ini bersendirian tanpa bantuan suami sebagai ketua dan penyara keluarga? Bayangkanlah kekuatan diri dan fizikal yang perlu dibina oleh isteri dan anak-anak tapol tersebut. Sukar dan perit sekali. Namun kehidupan perlu diteruskan….

Isteri, anak-anak, ayah, ibu, adik-beradik, ipar-duai, kerabat terpaksa menelan kepahitan ini walaupun hati mereka menjerit kepiluan. Haruskah kita melihat saja dari jauh dan berkata, "kasihan…"? Apa yang kita semua boleh lakukan? Setidak-tidaknya, kita ada maklumat yang benar untuk disebarkan. Jadi, sebarkanlah! Atau kita boleh memberikan sumbangan dan bantuan dalam bentuk yang lain. Fikirkanlah.

Wassalam. Terima kasih.

Siti Muslihat.

(WebReformis)
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]