Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Taiping Menyaksikan Laungan Reformasi
 

Oleh: Aliza Jaffar
(Isteri Saari Sungib)



19 Mac 2002 adalah kali ketiga Mahkamah Sesyen Taiping bersedia untuk mendengar perbicaraan kes 37 orang tahanan sempena 100 Hari Tahanan Reformasi ISA 2001. Semua 37 orang telah hadir termasuk saya sendiri. Nama saya adalah nama terakhir dalam senarai tersebut. Kami ditangkap di hadapan Kem Tahanan Kamunting pada 15 Julai 2001 setelah bersurai daripada Perhimpunan Aman Sempena 100 Hari Tahanan Reformasi ISA 2001. Ada yang kena belasah teruk sehingga baju beliau koyak rabak dan baru-baru ini sahaja beliau pulih dari kesan dipukul oleh polis pada hari tersebut.

Semua OKT telah siap bersedia sejak jam 9 pagi lagi. Kali ini wajah Majistret Niran Tan Kran tidak muncul-muncul. Kami tertunggu-tunggu. Saya sempat bercakap dengan seorang SB tanpa uniform. Saya menuntut keadilan ditegakkan. Jika rakyat biasa dituduh, kerajaan mahu menghukum mereka tetapi apabila pihak polis melakukan penganiayaan terhadap rakyat seperti memukul, mendera ataupun salah tangkap, seperti yang telah sah nyata berlaku, mereka terlepas begitu sahaja. Jika ini berterusan berlaku, tidak puas hati rakyat akan terus meningkat.

Setelah sejam menunggu, peguam kami keluar dan petugas mahkamah membuat pengumuman bahawa kes kami ditangguhkan lagi kepada 9 dan 10 Julai 2002. Peguam kami mengumumkan bahawa pihak pendakwa telah menawarkan untuk meringankan tuduhan daripada di bawah Akta Polis kepada Akta Kanun Keseksaan yang hukumannya penjara dua bulan atau denda atau kedua-duanya sekali. Tetapi pihak pendakwa berjanji jika OKT mengaku bersalah, kami tidak akan didenda atau dipenjarakan dan akan dibebaskan.

Kami semua berbincang mengenai tawaran tersebut. Para peguam juga menyerahkan keputusan sama ada kami menerima tawaran tersebut atau tidak kepada OKT sendiri. Bagi para peguam kami pula, mereka bersedia untuk meneruskan perbicaraan. Mengalah atau putus asa pantang sekali. Kebanyakan OKT juga berasa curiga dengan tawaran tersebut, mungkin ada udang di sebalik mi!!!

Kami mempunyai maruah dan harga diri. Apakah rakyat boleh dipermain-mainkan sesuka hati? Tangkapan telah dibuat yang saya yakin ia berniat jahat, menakut-nakutkan rakyat untuk bersuara. Padahal hak berhimpun secara aman adalah hak rakyat yang termaktub di dalam perlembagaan. Bagaimana akta polis ini boleh dengan sewenang-wenangnya mengatasi hak rakyat di dalam perlembagaan?

Ada yang berkata adakah cabaran yang sedikit ini telah melemahkan kita? Kesusahan yang kami rasa tidak seberapa berbanding dengan penderitaan semua tahanan ISA dan penderitaan dan penzaliman yang ditanggung oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim? Saya yakin apapun keputusan OKT, mereka tetap menuntut keadilan ditegakkan dan pemimpin yang zalim dan tidak amanah mesti dihukum.

Mereka melaungkan “REFORMASI!” di perkarangan mahkamah. Saya amat terharu dengan semangat mereka yang terus memberi sokongan kepada saya yang merupakan mangsa yang nyata ISA yang zalim ini. Setiap kali kami berjumpa di mahkamah ini, mereka pasti bertanyakan tentang suami saya dan juga Ezam, Tian Chua, Isham, Ustaz Badrul dan Lokman. Suami saya dan rakan-rakan seperjuangan yang masih dicabuli hak asasi mereka di Kem Tahanan Kamunting tidak sedikitpun luntur semangat mereka untuk meneruskan perjuangan ini demi rakyat dan negara kita tercinta. Penyelewengan pemimpin Barisan Nasional tidak boleh dibiarkan kerana ini lambat laun hanya membawa kehancuran dan penderitaan bagi rakyat.

Ramai rakyat tertipu kerana Barisan Nasional menyekat segala maklumat sebenar. Tetapi mereka tidak mungkin mampu menyekat semangat reformasi di kalangan rakyat untuk bangkit membawa perubahan. Bak kata pepatah Melayu, bangkai gajah tidak mungkin dapat ditudung. Perubahan akan tetap berlaku, insya-Allah!

Perjuangan ini mudah diungkapkan tetapi amat sukar dilaksanakan dan tuntutan pengorbanan bukanlah sedikit. Bagi para pejuang keadilan, kita memerlukan nafas yang panjang untuk mengembalikan keadilan, kebebasan, demokrasi dan pemerintahan yang lebih baik di negara ini. Semoga Allah berkati segala usaha kita.

Salam Reformasi!


20 Mac 2002

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net