Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Ayah Kat Penjara..Kisah Wira Rakyat
 

OLEH: Siti Muslihat
(Pendamping keluarga tapol)



Beberapa hari lepas saya terdengar salah seorang anak saudara Dr. Badrul Amin yang berumur tiga tahun bertanya kepada anaknya (anak Dr. Badrul Amin yang bongsu bernama Ain Najdah yang dipanggil Jidah) yang berumur empat tahun, “Abah Jidah mana?”. Jidah tak menjawab sehingga tiga kali sepupunya bertanya soalan yang sama. Dalam intonasi yang agak marah bercampur rimas, Jidah menjawab “Kat penjara lah…!”. Kemudian saya bertanya kepada sepupu Jidah tadi, “Cik Doon (panggilan mesra mereka kepada Dr. Badrul Amin) mana?”. Dijawabnya, “Polis dah tangkap.” Pendek saja jawapan mereka, tapi yang jelas mereka tahu apa yang berlaku terhadap ayah ataupun pakcik mereka. Kanak-kanak kecil ini melawat Dr. Badrul Amin setiap minggu dan pertemuan mereka tidak seperti biasa ketika Dr. Badrul Amin berada di rumah. Kali ini ada jaring yang memisahkan mereka. Mereka tak boleh duduk di atas pangkuan ayah atau pakcik yang mereka kasihi. Setiap kali bertemu, mereka akan duduk bersila di atas meja dan mengadap ke sebelah sana sambil bersembang atau bermain dengan ayah atau pakcik yang berada di sebelah jaring. Begitulah setiap minggu.

Saya mendapat berita bahawa Ustaz dah semakin susut kerana beliau dah sahabat yang lima lagi tidak mengambil makanan atau diet yang proper. Sejak Ustaz dimasukkan semula ke kem Kamunting lebih sebulan yang lalu, dia tak mengambil makanan kem. Mereka hidup atas makanan ringan / segera dan ulam-ulaman yang terdapat di sekitar domitari mereka. Mereka memboikot makanan kem kerana tidak berpuas hati dengan “layanan senyap” yang diberikan oleh KDN ke atas surat mereka yang memohon penjelasan di atas penangkapan semula Ustaz. Hanya semasa lawatan sempena Hari Raya Haji lepas keluarga dibenarkan membawa makanan berat dan masa itulah mereka dapat makan makanan yang agak proper. Akibatnya, tekanan darah Ustaz dah agak tinggi walaupun sebelum ni beliau tidak pernah mengalami masalah sedemikian.

Ustaz ditangkap semula atas alasan kununnya beliau telah melanggar syarat semasa dibebaskan selama tiga bulan dahulu. Tapi bila ditanya syarat mana yang dilanggar, tidak pula mendapat jawapan yang jelas. Yang peliknya, pertuduhan ke atas beliau yang sepatutnya didengar di mahkamah pada 30 Januari telahpun dibuang, namun beliau ditangkap semula pada hari berikutnya dan dihantar semula ke kem Kamunting pada 31 Januari. Macam mana boleh kesnya dibuang, tapi orangnya pulak ditangkap? Memang mainan politik…

Kak Zumrah (isteri Ustaz) menyatakan yang beliau akan menulis kepada pegawai polis yang bertanggung jawab membiarkan Pak Lah menandatangani surat arahan penangkapan dan penahanan Ustaz di Kem Kamunting kerana pegawai tersebut tahu benar bahawa tidak ada alasan yang munasabah yang boleh menyebabkan Ustaz ditahan di Kem Kamunting. Kak Zumrah akan menuntut keadilan di mahkamah Allah di atas kecuaian pegawai tersebut, jika keadilan tersebut tidak beliau perolehi di mahkamah dunia. Wallahu a’alam.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net