Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Ummu Urwah - ISA Zalim
 

Oleh: Aliza Jaffar
(Isteri Saari Sungib)



“Kenapa ayah tak balik rumah Silah?” Pertanyaan anak kecil kami yang kini telah mencecah umur tiga tahun. Ayah telah ditahan di bawah ISA sejak anak kecil ini belum pandai bercakap sehinggalah hari ini, dia sudah mampu bertanya soalan ini. Saari tidak menjawab soalan ini tetapi meminta kakaknya menjawab soalan tersebut. Jawapan yang mudah bagi kakaknya ialah "Polis tak beri ayah balik”.

ISA memberi mandat yang begitu hebat kepada polis sehinggakan boleh menahan dan menghukum sesiapa sahaja tanpa bukti. Hari ini kami menyaksikan ramai lagi KMM atau Kumpulan Mangsa Mahathir telah dihantar dan disumbatkan ke dalam Kem Tahanan Kamunting. Mereka yang baharu dihantar ke sana ditempatkan tiga-tiga orang di dalam satu dormitori yang boleh memuatkan dua puluh orang. Tahanan Reformasi juga masih dipenjarakan tiga orang untuk satu dormitori walaupun telah hampir setahun ditahan. Mereka hanya dibenarkan bergabung pada hujung minggu. Agaknya berlaku kesesakan di dormitori yang lain kerana ramai yang baharu masuk dan tiada pula yang dibebaskan.

Waktu melawat hari ini begitu padat sekali kerana isteri, anak-anak dan keluarga mereka datang membuat lawatan pertama atau kedua. Kami terpaksa menunggu hampir dua jam baharu dapat masuk melalui pintu kedua. Anak-anak begitu letih menunggu saat bertemu ayah mereka. Bagi para tahanan pula, saat-saat dipanggil keluar bertemu keluarga adalah saat-saat yang amat dinanti-nantikan dan menggembirakan. Hari ini keluarga Lokman, Ezam dan Tian Chua juga datang melawat mereka. Bagi Ustaz Badrulamin, keluarganya akan datang hari Isnin kerana anak-anak beliau mempunyai temasya sukan hari ini.

Sambil menunggu, kami sempat berkenalan dengan keluarga mangsa-mangsa yang baru dimasukkan ke Kem Tahanan Kamunting. Sayu hati saya melihat anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa bermain-main di sekeliling pondok menunggu. Ada anak yang menangis menjerit-jerit tidak mahu pulang kerana hendak bersama bapanya. Saya percaya bapa-bapa mereka adalah orang-orang yang gigih dan tabah. Tiga bulan lagi bapa-bapa mereka akan bertemu Lembaga Penasihat dan masa itulah segala rahsia soal-siasat di sebalik ISA akan terdedah lagi, sekurang-kurangnya kepada Lembaga Penasihat. Salah seorang isteri tahanan terbaru menceritakan bahawa suaminya kini mengingatkan kembali sesi-sesi soal-siasat polis dan hatinya amat marah dan kecewa dengan kenyataan-kenyataan SB yang menghina agama. Dia akan bongkarkan di hadapan Lembaga Penasihat. Ini membuatkan para SB mungkin tidak senang duduk.

Saya pernah terserempak di sebuah kedai dengan SB yang ditugaskan memeriksa makanan yang kami bawa semasa pertemuan dengan suami saya di IPK Kuala Lumpur semasa penahanan 60 hari. Lain yang saya tanya lain yang dijawabnya. Mungkin dia rasa tergamam apabila saya memperkenalkan diri saya dan saya masih ingat akan beliau. Ya, jika benar SB adalah penjaga keselamatan negara, mengapa mesti merahsiakan identiti dan gementar apabila bertemu mangsa keluarga tahanan ISA di tempat-tempat awam? Kita rakyat Malaysia menuntut ketelusan pihak polis dalam menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Dengan itu baharulah mereka dihormati.

Seorang isteri KMM yang saya temui mengatakan polis telah menelefon ibu mertuanya untuk memberi tekanan. Saya nasihatkan beliau mengadukan hal itu kepada peguam untuk tindakan selanjutnya. Sudahlah anaknya ditahan dan dituduh dengan tuduhan yang berat, ibunya pula hendak diganggu. Hak asasi manusia di Malaysia kini begitu teruk sekali. Mangsa ISA adalah contoh terbaik pencabulan hak asasi manusia. Kami menuntut SUHAKAM tidak memandang remeh isu ISA ini.

Hak Asasi Manusia

Hak asasi manusia begitu mudah dirampas oleh pihak berkuasa di mana-mana sahaja di dunia ini. Kami mengucapkan syabas kepada Wanita KeADILan yang telah melancarkan Kempen Wanita dan Keamanan sempena Hari Wanita Sedunia 2002 pada 8 Mac lalu yang disempurnakan oleh Presiden keADILan. Dalam kenyataan Ketua Wanita KeADILan, perkara pertama yang menjadi asas tema hari wanita sedunia tahun ini adalah memastikan hak asasi manusia terpelihara dan ditegakkan. Wanita KeADILan merayu dan menggesa agar pesuruhjaya SUHAKAM yang aktif memperjuangkan kemanusiaan di Malaysia diteruskan khidmat mereka.

Dalam sebuah buku yang dibaca oleh Saari, beliau berkongsi keluhan hati golongan tertindas di Amerika Syarikat, iaitu golongan Red Indians:”It is not a new development for white society to steal from non-white peoples. When white society succeeds it’s called colonialism. When white society’s effort to colonize people are met with resistance it’s called war” ( Leornard Peltier – Ojibwa Sioux). Mungkin inilah yang dikatakan dalam buku ”Age of Terror: America & the World after September 11”; - “one person’s counterterrorist is another’s ethnic cleanser”

Sebuah lagi buku yang dibaca beliau berjudul “Rogue State” oleh William Blun telah membuktikan secara terperinci penzaliman dan penyelewengan kerajaan yang berlaku di USA. Antara sifat hipokrit pentadbiran Amerika adalah: “Propaganda is to a democracy what violence is to dictatorship” Kedua-duanya, democracy dan violence diamalkan oleh pentadbiran White House termasuk terhadap rakyatnya sendiri. Tiada bezanya sangat dengan apa yang diamalkan di sini melalui TV3 dan SB. William Blun juga menyebut bahawa “Air bombardment is state terrorism, the terrorism of the rich” Oleh itu bolehlah dianggap” A terrorist is someone who has a bomb but doesn’t have an air force.”

Dominasi kuasa orang kulit putih ini dilihat oleh Red Indians sebagai berpunca:”The love of possession is a disease with them” (Chief Sitting Bull) Sitting Bull mengingatkan “As individual fingers we can easily be broken, but all together we make a mighty fist” Bagi kita pula, prinsip kita adalah” wa’tasimu bi hablillahi jami’an wala tafarraqu” yang bermaksud “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali(agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai” Surah Ali Imran :103.

Marilah kita bersama-sama bersatu tenaga membebaskan diri kita dari dibelenggu oleh pihak yang memperalatkan ISA demi mengekalkan kuasa pemerintah. Pemerintah menjadi tamak, menggunakan apa sahaja agar terus berkuasa.

“Laws were like cobwebs: strong enough to detain only the weak, and too weak to hold the strong. In the name of innumerable victims known and unknown, it is time for justice to take hand” ( dipetik dari buku The Trial of Henry Kissinger – Christopher Hitchens).

Keputusan Rayuan Habeas Corpus

Kini, semua tahanan politik sedang menunggu keputusan Rayuan Habeas Corpus di Mahkamah Persekutuan yang tamat perbicaraannya pada 28 Februari yang lalu. Kami sekeluarga amat-amat berharap agar para hakim membuat keputusan yang memihak kepada kami. Kami akan terus berdoa memohon kepada Allah siang dan malam agar Saari, Ezam, Tian Chua, Hishamuddin, Lokman dan Ustaz Badrulamin dibebaskan segera walaupun rayuan ini hanya untuk empat daripada mereka. Kami mengajak rakyat bersama-sama memohon kepada Yang Maha Berkuasa berdoa membebaskan pejuang-pejuang keadilan ini dan ISA dimansuhkan.

Raja Petra Kamarudin(salah seorang perayu) yang menghadapi tuduhan yang sama kononnya mengancam keselamatan negara tanpa apa-apa bukti telah lama dibebaskan dan kita mesti bersyukur kerana beliau tidak sedikitpun mengancam keselamatan negara. Malah negara kita terus aman dari sebarang ancaman. Hanya Barisan Nasional sahaja yang merekacipta ancaman kerana begitu terdesak bahawa sokongan rakyat kepada mereka semakin terjejas.

Jika Barisan Nasional menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan benar-benar ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan negara, maka tidak ada apa yang harus ditakutkan dan disembunyikan. Tanyalah diri sendiri sebelum menuding jari meletakkan kesalahan ke atas orang lain atau menghukum dan menganiaya rakyat yang lemah !!!

Salam Reformasi

11 Mac 2002

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net