PARTI KEADILAN NASIONAL
Pemuda keADILan Selangor
'Budak Muda Yang Kemaruk Kuasa'- Ustaz Idris Ahmad

Ulasan Naib Ketua Pemuda PAS, Ustaz IDRIS AHMAD, yang juga AJK PAS Pusat tentang sikap pemimpin Umno bila pegang jawatan penting

MEMO: Padangan Sdr terhadap laporan rasmi kepada BPR tentang dakwaan rasuah MB Selangor.

IDRIS: BPR harus siasat segera dan selidik harta kekayaan terutama berkaitan bagaimana dia melunasi pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 sekelip mata. Dari mana Khir dapat wang sebanyak itu dalam masa singkat. Seolah-olah wujud black money.

Cuba kita kira elaun bulanannya, berapa lama beliau bertugas sehinggakan beliau mampu membayar pinjaman BBMB Kajang itu hanya selepas beberapa bulan jadi MB. Siasatan BPR mesti terbuka dan telus, tak ada perkara yang harus disembunyikan. Tapi bagi kita, kalau pun Khir akan diganti, siapa saja menggantikannya, jahat serupa itu juga. Kalau benar seperti yang dilaporkan, apa yang dilakukan pemimpin Umno boleh disebut sebagai "perompak siang hari spesis lanun". Tapi perompak ini berlesen, menggunakan saluran yang sah untuk mengaut kekayaan, hatta dengan menggunakan nama pihak lain yang mereka sendiri tidak mengetahuinya.

Sememangnya pemimpin Umno semuanya begitu. Sesiapa sahaja yang dilantik mesti ada skandal. Kalau dahulu Mat Taib bawa lari duit berkilo-kilo, Pak Abu pula ada kes tersendiri, yang ketiga ini tak tahulah apa nak kata. Hendak cari pemimpin Umno yang bersih dan telus teramat payah. Bukti paling mudah … di Selangor inilah!

MEMO Tapi MB Selangor membuat kenyataan beliau bersedia disiasat BPR.

Kita harap beliau bukan sahaja bersih tetapi dilihat sebagai orang yang bersih. Sekarang ini pun, beliau agak panik dengan bukti dan dokumen yang diberikan Lutfi. Jika dakwaan Lutfi tidak benar, beliau boleh saman Lutfi. Justeru, jika tidak benar apa yang didakwa boleh terus jadi MB. Kalau tidak, kita minta beliau berundur dari awal lagi.

Secara peribadi, apa tanggapan Sdr terhadap Dr Khir.

Beliau sebagai budak politik. Mungkin agak gopoh. Bayangkan budak-budak baru dapat makan. Orang utara sebut kemaruk. Beliau sebagai budak muda yang kemaruk apabila di hadapannya ada kuasa dan wang. Sikap kemaruk dan gopoh penuh dalam dirinya.

Saranan Sdr terhadap ADUN pembangkang dalam sidang DUN Selangor kali ini …. .

Saya harap rakyat mengetahui … inilah Umno. Dan mereka menggunakan sebaik-baik peluang yang ada untuk membongkarkan amalan salahguna kuasa pemimpin Umno. Sesiapa sahaja penggantinya, inilah Umno. Ini bermakna, kita hendak mencari Mr. Clean dalam Umno memang tiada.

Seseorang itu mungkin pada awalnya baik, tapi selepas masuk Umno dan pegang jawatan penting, terus jadi jahat. Memang dasar Umno mendidik pemimpinnya macam itu.

Hendak jadi MB dan kuat dalam politik, mesti ada wang. Apabila ada wang tidak cukup dengan elaun. Mereka tidak boleh memotivasi pekerja mereka dengan semangat semata-mata. Hanya dengan wang sahaja, no money no talk.

(Detik Daily)



[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]